Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Ahad, Februari 07, 2010

Menanti Nafiri


Dinihari tadi tengkujuh raksasa membadai jiwa sewaktu satu persatu indera saya bersebati dengan irama fitrah di atas.

Situasi sebegini seringkali saya alami setiap kali rafik mengalunkan bait-bait nasyid di bawah ini, tanpa dibuat-buat atau dipaksa-paksa pasti berguyuran mutiara merembesi pipi. Apatah lagi saya dikunfayakunkan sepertiga malam tadi, mengalunkannya seorang diri dalam bukat malam sepi.


Tangisan hati kecilku ini
tak dapat dibendung lagi
air mata membasahi pipi
terkenang keagungan-Mu, Ilahi
terpandang kebesaran-Mu, Ilahi


Itu sahaja yang saya ingati, boleh jadi nasyid ini dendangan PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) atau siapa ya? Jika ada di antara kalian yang mengingati bait-bait indah liriknya sudilah emelkan kepada zanazanzaly@yahoo.com atau jika ada lagu asalnya bolehlah muaturunkan kepada saya.


Mahu saya gagahtabah memberanikan diri mengalunkannya sendiri meski zulmat malam nan sepi rakus, tanpa ehsani mengheret songsang mastuli jiwa bagai menarik kapas basah pada duri kerana saya yakin saya akan kumandangkan nasyid ini sekali lagi bersama rafik pada suatu hari tatkala nafiri disemboyankan petanda mara ke sisi-Nya.

2 ulasan:

fzamazlan berkata...

salam, kak!
tulisan dan bahasa akak memang agak cantik tersusun.
ha..boleh lah bagi tips sikit dalam bidang penulisan ni..
aye budak baru belajar..:-)

zanazanzaly berkata...

salam hafizah,
tipsnya mudah, betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.