Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Ahad, Mei 31, 2009

Jom Menulis

Degup jantung saya pantas temponya sejurus membaca madah hikmah nukilan Hamka. Saya terus teruja memetiknya daripada laman akhi Mauswah untuk disemai di laman maya saya pula agar wanginya semerbak merata-rata.
Nukil Hamka, “Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara fitrah akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.”

Dan, saya mahu menitipkan kembali wasiat Imam Al-Ghazali, "J
ika kamu bukan puteri raja, mahu pun zuriat pembesar negara atau pun cahaya mata ulama' muktabar, maka jadilah penulis".

Seni Menukang Cerita


PPMN09 sudah seminggu melabuhkan tirainya. Pencerahan paling ketara menyusup masuk ke jiwa saya ialah tentang bagaimana seninya Al-Quran bercerita. Ashabul Kahfi itu tidak diperjelaskan secara rinci mana yang tidak penting seperti jumlahnya atau pun nama mereka. Sebaliknya Allah swt menekankan perihal kead
aan tidur mereka dengan mata terbuka kerana jika sekian lama terpejamnya manusia (apatah lagi melebih tempoh 300 tahun), pasti buta. Tubuh mereka juga dibalik-balikkan kiri kanan, tidak statik dalam keadaan terlentang mahu pun rigid mengiring sebelah badan demi mempastikan pakaian mereka tidak reput di makan anai-anai atau lusuh di mamah tanah. Nak tahu lagi? Carilah sendiri dalam surah al-khafi.

Tahniah Salman Sulaiman
kerana berjaya menukang sebuah makalah tepu ilmu dan terima kasih sudi berkongsi di PPMN09 nan lalu.

Jumaat, Mei 29, 2009

Baca Puisi Puspa

Jumaat, jika tiada agenda pada paginya, seringkali memetamoforsiskan saya dan rafik menjadi patung cendana. Lima hari ke kota batu dan kota bersejarah menggendalakan urusan kemaskini teratak kasih di Padang Embun. Seharian bermesra dan memperelokkan parasnya, kami bersiap sedia pula untuk menghadiri Majlis Baca Puisi Puspa di SMK Pak Badul, Pasir Puteh jam 9.00 malam ini.

Ah indahnya dapat bersantai minda di acara sastera sebegini. Terima kasih Cikgu Zulkifli Zain kerana sudi mengundang kami. Kita jumpa di sana nanti. Kepada semua peminat puisi, jom sekali!

Selasa, Mei 26, 2009

Kau Tidak Ke Mana-mana

Sekalipun tiada aku mahu
mengingati tarikh itu

parasmu menyalin irasku
setiap kali bercermin
manis senyummu
tersungging di bibirku

dan aku pun tahu
pun selamanya tentu
kau tidak ke mana-mana
melainkan berterbangan
bak burung hijau
riang berkicau
dalam jiwaku.

Sabtu, Mei 23, 2009

Sejuta Bahagia

Alhamdulillah, saya berjaya menghadiri dan mengkhatami Perhimpunan Penulis Muda Nasional 09 dengan sejuta bahagia. Tak pernah disangka-sangka saya dan rafik bertemu semula dengan seorang rakan sekuliah selepas 12 tahun berpisah. Terima kasih Wan, sudi menjemput kami sejurus menuruni sang kunang-kunang.

Ah, tuah sekali lagi mendatang dari jalan yang tak disangka-sangka, kami ditumpangkan oleh lelaki Perak ke Ayer Keroh, Melaka. Entah mengapa sejak awal remaja saya sentiasa tidak dapat menstabilkan detak jantung sendiri setiap kali berdepan dengan pemuda Darul Rizduan.

Selain dapat ilmu dan pencerahan, saya juga sempat menyambut banyak tali silaturrahim yang dihulurkan. Pertama kali bersua dengan Hafizah Iszahanid dan Shaidah Shafie sangat mengujakan.

Tak mungkin luput dari ingatan, saya berpeluang menari di gelanggang ping-pong pada setiap petang sepanjang perhimpunan bersama rafik tersayang. Kehebatan permainan Dr. Takiyudin (pemuda Machang, graduan perubatan Universiti Al-Azhar) dengan regunya Dr. Lee Wai Wai dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah tangkas melibas kenangan saya ke gelanggang Kejohanan Ping-Pong Kebangsaan 2004 di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Dan sebelum PPNM09 khatam, saya berjaya membuatkan seseorang bersedia menyahut cabaran saya untuk bertarung di gelanggang pada saat matahari petang membiaskan kilau keemasan mengocak-ngocak riak air di kolam
.

Rabu, Mei 20, 2009

Tingkah Meningkah

17 April sudah saya menerima segugus pesanan diterbangkan angin membawa madah:
Maaf terkhilaf menguji janji/manakan tahu tetamu muncul
tugas menghambat masa berlari/terbaca pesan hidangan tersaji
dalam majlis undangan terkumpul/mohon maaf sepuluh jari.


Awal pagi esok, sekali lagi saya akan diterbangkan sang kunang-kunang. Sayup-sayup kedengaran rentak joget berkumandang tingkah meningkah memacu langkah buat kesekian kali ke bumi Hang Tuah.


Anak itik berenang-renang di pantai
Lalu terjerat si akar kayu
Orangnya cantik tapi sayang mahal senyumnya
Terlalu mahal bimbang tak laku

Si akar kayu dikerat ditarah-tarah
Anak perawan duduk di tangga
Walau tak laku biar ke tua ku rela
Diriku bukan untuk dijaja

Si anak dara bersimpul menyusun bunga
Daunnya layu gugur melayang
Entah mengapa sejak dahulu bersua
Benci di bibir di hati sayang

Pohon melati layu sebelum berkembang
Ku genggam erat di tapak tangan
Kalimah benci ku sebut ulang-berulang
Tapi hatiku berkata sayang

Selasa, Mei 19, 2009

Pelentur Tegur

Bahasa kuatur
pelentur tegur
santun mengakur
merafak syukur

Isnin, Mei 18, 2009

Jom Promo

Banyak kali saya ditanya soalan yang sama dan berkali-kali juga saya memberikan jawapan yang serupa pada setiap kali saya diajak secara rasmi berbicara mahu pun semasa santai bergurau senda. Kepada adik-adik dan rakan-rakan penulis baharu, saya harap paparan di atas dapat memenuhi permintaan saudari dan saudara. Jika masih juga ada yang terbuku di jiwa, sila emel atau pun kita boleh berYM seperti biasa.

Jumaat, Mei 15, 2009

Setangkai Kudup Rasa Merah Jambu

Remang petang
langit menjingga
bersantai di laman maya
setangkai kudup rasa merah jambu
tulus bingkisanmu
menghiasi pasu kalbuku.

Zal,
transaksi "rasa"
mempengaruhi
susut-sarat saham jiwa.

Selasa, Mei 12, 2009

Salam Hari Keputeraan

Sembilan tahun lalu
pertama kali bertemu
kau hulurkan sejambangan mesra
dengan kedua-dua belah
tangan hemah dan hikmah
memimpin kami melangkah
sebelah menyebelah
ke alam sastera nan indah.

"Cekalkan tekadmu padu
wahai dua anakandaku
usah ragu jangan malu
ayuh, segera siap sedia
kita belayar ke segara sastera."

"Wahai Datuk Segedung Ilmu
terima kasih tiada tara
atas kesudianmu
mengizinkan kami tumpangi
perahumu
ke seberang jaya ia melaju."

SALAM HARI KEPUTERAAN MEI 12,
BUAT YANG TERISTIMEWA DI JIWA
DATUK KAYAJASA, DATUK SEGEDUNG ILMU,
YABHG. DATO' PROF. DR. HASHIM YAACOB
NAIB CANCELOR UNIVERSITI MALAYA KE-8.

Ahad, Mei 10, 2009

Siaga Bahtera Sastera

Mingguan Malaysia 10 Mei 2009

Kata penulis muda

Zanazanzaly:

"Saya menganggap perhimpunan lalu umpama laungan pemula menggesa semua ahli-ahli samudera bersegera memunggahkan segala muatan berharga ke dalam bahtera sastera negara.

Di musim lalu juga, warga bahtera digesa agar mempertajam iltizam, membulat nekad dan bersedia untuk sangga menyangga meredah gelora segara dengan bahtera pusaka yang sudah dibina kukuh sejak zaman Kajai, Sako dan yang seabad dengannya.

Semakin diperhebat dek generasi Anwar Ridhwan membawa ke era S.M. Zakir hingga sekarang. Pertemuan kali ini pula petanda bahtera yang sarat kian mantap diperkuat dengan ilmu, sifat muafakat dan semangat ahli-ahli samudera yang sudah bersedia untuk belayar di perairan antarabangsa menuju ke timur mahu pun ke barat tanpa sesat."

Semoga bahtera sastera kita belayar di perairan antarabangsa dengan selamat membawa muatan berharga nan sarat ke timur dan ke barat tanpa sesat kerana kompas akal budi kita tepat menunjuk lubuk dagangan dunia berpusat tanpa membelakangi kiblat.

Hendaknya, bahtera sastera kita yang unggul talinya utuh di dermaga bangsa berpasakkan agama, sentiasa dikurniakan-Nya nakhoda yang warak, bermaruah dan wafa'. Justeru dengan juragan sedemikian kita sedia berbai'ah dan berwa'ad.


Firdausi Di Kelopak Hati


Duhai marjan wal lu'lu'
sekian waktu
kukucup semerbak
kasturi Firdausi
di kelopak hatimu.

Restukasihmu
mengkupu-kupu biru
berterbangan di taman
peribadiku.




Anakanda meraikan hari perwatikahan

Bonda Zanzaly binti Maideen
ibnu Khuty Hassan

Teristimewa juga buat
Bonda Zarah binti Maideen
ibnu Khuty Hassan

Bonda Ainun Zabidah binti Awang
Bonda YM Tuan Safiah binti Raja Hussein
serta semua bonda seluruh dunia.

Jumaat, Mei 08, 2009

Berdikir Pula!

Masa makan kerepok lekor, saya bersembang-sembang santai dengan rafik seputar seorang kenalan kami yang bergelar tukang karut. Klip video ini ditujukan khas untuk Jemie Kebah dengan ucapan semoga cepat dapat pulang berkhidmat di negeri sendiri agar ketenangan bermukim di hati.

Mi, jange duk berbambak dan memencak kuk sir kun de. Lamo ke tubik jebok supo buih katok kalu tidok buih ombok).




(Zanazanzaly 100 % membantah bahagian lirik dalam dikir barat ini yang menyentuh tentang hisap rokok "cigaratte" dan promosi tanam tembakau).

Ewah, Joget Lagi

Saya layan lagu ini sambil makan keropok lekor asli dari KT. Pawana Selat Melaka berlumba-lumba dengan bayu Langkasuka bawa berita, katanya ada khabar gembira. Wah, teruja saya menantinya dalam debar sejuta.



Lamanya kita tidak berjumpa
sungguh sedihnya rasa hatiku
sambutlah salam dari adinda jangan selalu digoda rindu
sambutlah salam dari adinda jangan selalu digoda rindu

Walaupun jauh seberang lautan
Kanda tak lupa sehingga mati
Sungguhpun surat dinda kirimkan seperti badan datang sendiri
Sungguhpun surat dinda kirimkan seperti badan datang sendiri

Janganlah kanda berhati duka
Dinda tak mungkir segala janji
Bila kudapat surat kekanda barulah senang rasa dihati
Bila kudapat surat kekanda barulah senang rasa dihati

Segala-gala sudah kusiap
Menunggu dinda bila kah datang
Jikalaulah kanda ada bersayap sudah lama kanda terbang
Jikalaulah kanda ada bersayap sudah lama kanda terbang

Baik lah baik belayar rakit
Janganlah sampai putus talinya
kasih sayangku bukan sedikit jikalau boleh mati bersama
kasih sayangku bukan sedikit jikalau boleh mati bersama

Rabu, Mei 06, 2009

Sesi Pemanasan

Bangun pagi, saya terdengar dialog ini.
Kaki: Hey, beraso nok ggedik weh!
Tangan: Loh gi lah
Terus lagu ini mengurui saya beraksi.

budtamijee pe ham aa gaye toh
tum sharifo kaa phir kya hoga
hai shishe ke ghar tumhare
mara patthar toh phir kya hoga
nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)

aankh milaungee, aankh churaungee
dil dhadkaungee, hosh udaungee
ai sab ko manaa lungee, sab ruth gaye toh kya
mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (2)
nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)

aankh milaungee, aankh churaungee
dil dhadkaungee, hosh udaungee
ai sab ko manaa lungee, sab ruth gaye toh kya
mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (2)
nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)

kuchh mushkil thee meree jara der se aayee hu
lekin mai mohabbat ke najaro ne layee hu
nachu nachu, naa naa naa nachu - (2)

kuchh mushkil thee meree jara der se aayee hu
lekin mai mohabbat ke najaro ne layee hu
dil kanch ke hote hai, yeh tut gaye toh kya
mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (2)
nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)

mana ke duniya me har kadam pe dhoka hai
auron pe nahee lekin mujhe khud pe bharosa hai
nachu nachu, naa naa naa nachu - (2)

mana ke duniya me har kadam pe dhoka hai
auron pe nahee lekin mujhe khud pe bharosa hai
jo kachche dhage the, woh tut gaye toh kya
mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (4)
nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)

Selasa, Mei 05, 2009

Membaca Pada Lapis Kedua dan Seterusnya


Manusia
pelupa
, haloba
rakus membaca
pada lapis pertama
dan, gopoh pula
menyimpul erti dan reti
meski belum pasti
beza antara isi, inti dan serdak baki
apatah lagi sari pati.

Berqarinkan ego
mereka merumbu ilmu
ditalkinkan inayah
setelah hikmah diracunbiru

menafikan muhasabah, mujahadah
istiqamah
bermazmumah
enggan menaakul makna
pada lapis kedua

sementelahan yang ketiga
dan seterusnya.

Wahai Yang Maha Berkuasa
Mohon Kauperkenankan bagi mereka
anugerah pencerahan jiwa
naung redup rimbun ampun
sebelum nyawa sangkak di halkum.

"qul in(g) kun(g)tum tuhibbunallah fattabi'uni yuhbib kumullah"


Isnin, Mei 04, 2009

Labu Oh Labu

Pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang sangat kita perlu dan ia paling tinggi dalam isi labu. Justeru itu, saya memasang hajat, kalaulah dapat, alangkah nikmat saya beriftar Maghrib nanti dengan pengat labu yang seseorang buat.

Tapi memikirkan hati seseorang itu sedang hangat akibat niat sang tikus yang mahu membaiki labu, bunga hajat saya kuncup tiba-tiba. Segera pula saya teringat akan watak Labu lakonan M. Zain yang popular dengan dialog "bapak saya bilang, hari ni hari bodoh saya, encik."


Aduhai, kalaulah boleh saya halang Tuk Luncai, tidaklah ia terjun dengan labu-labunya. Begitu kata saya pada seorang teman. Jawab teman itu, "alahai... tercapaikah dek akalnya?"

Menghidu Gaharu

Menurut kalender aktiviti DBP Wilayah Timur, hari ini berlangsungnya acara berikut.

Pesta Pantun Antara IPT Zon Pantai Timur

4 Mei 2004

USM Kubang Kerian


Saban tahun, acara seperti ini berlangsung dan jiwa saya berbunga bangga meskipun saya tidak pernah diundang hatta sekali pun ke majlis seperti ini oleh pihak berwajib. Barangkali mereka menyangka ia tidak relevan dengan saya. Tahu apa mereka tentang hal-hal intimasi seni dan mandiri dalam jiwa pengkagum, penikmat, pencinta seni budaya sendiri?

Demi melihat kalendar yang meremangkan b
ulu roma dan menderaukan darah saya, saya tersihir menjungkir kelir kenangan manis hampir dua dekad lalu di mana seorang gadis pemalu dalam usia 17 belas tahun belajar membakar gaharu seni. Ya Rabbi, semoga wangi ini semerbak tanpa henti.

sari manis menitis...

Ahad, Mei 03, 2009

Gelarnya Apa?


Datuk Segedung Ilmu nan bijak bestari
sedari bahari tekun berbari
"yang tertumus dua kali
ke dalam lubang yang sama
keldai gelaran diberi
bagi yang berotak di kaki."

Maka,
apa gelar paling wajar
buat yang berotak di kepala
tapi berkali-kali menempah petaka
menerjuni lohong yang sama
dan balanya menimpa semua?