Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Selasa, Januari 11, 2011

Buka Panggung

Lama saya tidak kemas kini blog ini kerana cedera jiwa yang saya kira beroleh penawarnya akhir Oktober puyan renyah, sebaliknya digarami kembali dengan sodium dusta oleh manusia yang amat saya percaya. Kembalinya dia bukan untuk menziarahi saya, bukan seperti niat asalnya untuk memberi warna kepada Oktober indah yang saya impinkan, tapi untuk merompak lagi harta kenangan yang bersisa buat saya hingga saya muflis tanda kenangan dari pada tancapan indera. (Pernah dia pecah masuk melalui jendela kamar saya untuk tujuan yang sama. Sebagai rakyat Malaysia yang dikenali sangat pemaaf dan diajar bersangka baik maka saya fikir dia sudah insaf sebab itu saya terima hasratnya untuk pulang setelah "blah' tanpa salam. Saya anggap itulah adatnya paling beradab. Saya hormati.) Yang ada hanyalah yang kemas berkunci dalam peti minda dan bersemadi di pusara rasa. Inna lillahi wa inna ilairajiiuun. Pun, saya bersyukur kerana masih ada jiwa yang mampu pujuk lidah diam dan mata memandang sahaja selepas sepatah tanya saya di'heh'kan dengan kasar. Biarlah, barangkali waktu itu jiwanya muflis rasa. Paling utama, Allah swt mengizinkan dia. Jika tidak, khazanah saya itu tetap kekal bersama saya hingga sekarang. Semoga bahagia dia berganda-ganda dengan mengambil hak saya yang hanya itulah satu-satunya bersisa.

Malam ini sempena tarikh cantik 11.1.11 yang mahu saya kenang (1.1.11 dulu tak sempat saya kenang kerana genang terlalu kencang gagal saya empang bikin saya terlalu tak senang) dengan menggagahi diri mengubati luka jiwa dengan saki-baki kudrat yang ada dengan bual maya yang saya terima daripada siswazah universiti tempatan Tanah Melayu sebentar tadi. Sengaja saya kekalkan langgam bahasa yang digunakan sebagai rakaman masa semata-mata.


Today
[Ejaa Lizz]
8:29pm
akak ada x sajak tema mengenag jasa or perpisahan
[You]
8:31pm
nak percuma, xde
[Ejaa Lizz]
8:31pm
aii
kene berbayar ke
[You]
8:31pm
u kerja apa?
ya kerajaan malaysia pun bayar
pihak swasta pun bayar
[Ejaa Lizz]
8:31pm
sy la akak
xkn xknl kot
[You]
8:31pm
ada ratenya yg ditetapkan
mmg kenal. u kerja apa?
u grad UM masakan x tahu setiap karya penulis malaysia ada harganya?
>> aii kene berbayar ke<<>
u pergi kerja satu hari ada ke u bagi percuma sejam kudrat u?
xdekan? setiap minit u kira
samalah dengan pengkarya. setiap minit berharga setiap bait punya nilai
Ejaa is offline.8:35pm
[You]
8:36pm
saya mohon izin sembang kita ini untuk saya siarkan bagi membuktikan betapa graduan pun tak tahu menilai & menghargai karya sastera melayu (send as a message)
Your chat message wasn't sent because Ejaa is offline.

Serta-merta Ejaa Lizz pun mengeyah saya daripada senarai rakan FBnya. Ha ha ha!

3 ulasan:

Hann berkata...

zana..

lama sungguh hang hilang dari blog.. patut la pautan aku asik hang dok bawah je sokmo.

Iskk.. sapa ni ha.. memang dia spesis blur kot.. macam suruh budak tadika ja..

aku ngerti perasaan hang.

ahmad farieth berkata...

Salam..anggaplah ini sebagai peringatan bersama..saya x pandai bersastera mcm saudari tp saudari wajib ingat, jgn la bangga sangat dgn pencapaian saudari sekarang hinggakan semua orang dipersalahkan...ingtlah bahawa semuanya dtg drp ALLAH..sentiasalah bersyukur dgn nikmat dan rahmat NYA kerana pd bila2 masa sahaja ALLAH boleh tarik kembali..sebagai contoh dlm kisah Nabi Musa A.S yg pernah di butakan mata hati baginda buat sementara waktu oleh ALLAH kerana baginda mengaku bahawa baginda lah "ORANG YG PALING PANDAI DIDUNIA". Oleh sebab itu lah kita jgn sombong atau rasa tinggi diri dgn apa yg dicapai. Cubalah menolak baik permintaan orang lain walaupn sukar untk berbuat demikian.

Allah knows best..Wallahualam!!!

harap saudari teruskan berkarya dan terus berjaya..ameen!!

kuda_perang berkata...

tahniah.. orang memang tak pandai menghargai insan seni...