Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Selasa, November 24, 2009

Kemboja Kita




Kemboja

kita tanam bersama
kembali berbunga!

SE-TI-A
tiada
tolok bandingnya.


7 ulasan:

isyraq berkata...

pernah tertanya..1)Bagaimana boleh dapat nama kemboja? 2. kenapa kemboja sering ditanam dikuburan? 3. kenapa kemboja dikaitkan dengan kesetiaan? sesiapa yang ahli tolong khabarkan..jazakallah.

Al Quds Travel berkata...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

zanazanzaly berkata...

isyraq,
1)apa musykilnya, ia dapat nama sebab manusia baginya nama. jika tak bagi, tentu ia tak menerima. tak gitu?

2)sebab ramai yang suka buat perkara2 yang biasa2 saja seperti tanam ia di pusara. kalau ramai yang macam saya tentu sdr boleh tatapi keindahan putih suci kelopak kemboja bukan sahaja di laman kediaman, malah di laman jiwa juga!

3)suka hati la. ada kemboja memutihi pusara, ada juga yang suci bersemadi taman jiwa. ada kemboja disunting diberikan bersama surah yaasin buat bekalan bermusahabah mengikat benang2 merah, membaca ayat2 suci bukti membuang mazmumah pada ranting senduduk di tepi tali air.

zanazanzaly berkata...

al quds travel,
terima kasih atas makluman. Doakan saya berpeluang mengunjungi Baitullah bersama kalian dalam masa terdekat.

isyraq berkata...

1. Subhanallah..dijadikanNya kemboja tanpa ditaklifkan syarak, tanpa hak memilih (ikhtiari), justeru tanpa ada dengki dan irihati..nak bg kemboja ker..taik ayam ker..no complain..putu halba gitu gak kan? guano gamok kalu manusia? Guano pulak kalu kita pakat renung nama2 bunga tu sebagai "ayat-ayat" keindahan nama Al Jamal, Al Quddus, Al Latif pada "surah" (gambaran) alam???

2. rasanya lebih hening jika keindahan kemboja sentiasa mekar di hati yang masih berdenyut dengan zikir kerana keindahan kesuciannya tidak lagi dirasai hati yang mati.

3. ohh lupa..Malaysia negara demokrasi..so ikut suka hati la. Tp saya yakin Zana ikut seruan hati yang dihembus dari suara iman. syukran atas panggilan untuk bermuhasabah.

zanazanzaly berkata...

isyraq,
syukuri nikmat iman anugerah Tuhan. Mohon kita dijauhi daripada menjadi bidak syahwat. Macam selalu orang sebut "minta selisih malaikat empat puluh empat."

kenapa, kalau selisih juga mereka apa mereka akan buat? kenapa angka 44?

isyraq berkata...

aamin..pasal malaikat 44 tu..wallahua'klam, belumlah lagi ilmu itu sampai ke benak kepala ambo ni.