Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Selasa, November 10, 2009

Putu Kalbu

Musim tengkujuh, gerai putu halba berceretet bak cendawan tumbuh. Tadi saya ke Kg. Kota untuk membelinya demi memenuhi selera ayahanda. Terfikir saya, begitu banyak kuantiti ubi kayu, manisan dan kelapa mengapa tidak timbul nama? Sedangkan halba cuma sebutir dua, macamana ia boleh jadi lebih 'glamour'?

Barangkali, itulah resam orang Melayu yang lebih lajak pada laju. Apa yang menyentuh rongga bau dari jauh lebih merangsangnya berbanding benda yang mereka lihat dan rasa dari dekat. Bilalah agaknya Melayu mahu berubah tabiat?

Beruntunglah makhluk bernama halba kerana memiliki bau sebegitu kuat meski halus sifat dan sedikit sahaja peranannya.

Jiwa saya tiba-tiba memberontak akan ketidakadilan nama halba yang lebih 'glamour', tidak padan dengan peranan. Berlalu saya dari situ dengan persoalan yang satu; bagaimana agaknya rupa, rasa dan aroma jika ubi puisi disagat buat putu kalbu?

10 ulasan:

isyraq berkata...

hmmm..putu kalbu??? sukar nak dikunyah, payah nak ditelan. Aromanya dapat dihidu deria ketenangan. Manisnya dapat dikecapi dengan nur ilham beserta secawan hirupan sirr kurniaan. Putu aqal lagu mana pulak?

zanazanzaly berkata...

isyraq,
"hmmm" sdr mendentingkan genta ingatan saya kepada seorang teman jiwa yang pernah menemani saya makan roti mentega bergula di musim tengkujuh tahun sudah sambil berkisah tentang cinta helang dan kunang-kunang.

Tanpa dia tahu, derai air mata saya menambah perisa secawan kopi pahit yang diteguknya selepas pulang dari berlama-lamaan di pusara isterinya.

Kini, air mata yang sama saya guna buat menemani sang kunang-kunang yang keseorangan tekun membasuh luka jiwa di bawah teduh sepohon kemboja putih di laman rumah kasih setelah helang menerbangkan jauh-jauh separuh nyawa sang kunang-kunang dengan alasan buat menyuluh dia bermigrasi merentasi sahara dengan memperdayakan kunang-kunang dengan "seribu" cahaya lampu.

Justeru. kalau mahu boleh sahaja sdr ramu adunan putu aqal dari pengajaran kisah helang dan kunang-kunang itu. Saya yakin tentu teman jiwa saya bersetuju.

isyraq berkata...

jap sdri yer..nak garu kepala yang tak gatal :)mungkin aqal yg gatal meramu adunan kisah cinta helang dan kunang2...
aqal bertanya kisah cinta antara helang dengan kunang2 ataukah helang dan kunang2 mengenang kisah cinta masing2?? kalu kisah cinta merak kayangan dgn gagak dirimba tu mudah pula aqal nak ramukan.
..ketika beberapa helai rambutku sudah disentap jemariku tanpa kupinta, aku seperti melupakan adunan putu. rupanya akulah sang kunang2 itu. memiliki seribu cahaya tetapi kenapa tidak dapat kusuluh tipudaya sang helang mengajak merentasi keindahan sahara yang kontang. Syukurku biarpun tinggal separuh nyawa, kasihNya menyedarkanku agar kembali berteduh di laman kasihNya yang tidak tersuluh oleh cahayaku sebelumnya. Sungguh cahaya kasihNyalah yang menyelamatkanku.
Uhuk..uhuk, eh mana putu aqal,
putu bambu , putu piring?...harap aku tak jadi putu (tak lalu nanti sdri nak makan).

isyraq berkata...

ooops...saya mohon kesudian sdri untuk hidangkan putu "kisah kunang2" adunan chef Zana kat sini, bolehlah nanti kita pakat2 mengecapnya bersama nikmat kopi pahit bergulakan air mata.

zanazanzaly berkata...

isyraq,
kisah cinta helang dan kunang-kunang tak boleh dikongsi di sini. Ia ekslusif dibari ditepi jendela berjeriji.
Kalau mahu tahu, hubungi saya kerana pesan teman jiwa saya, kopi pahit enak diteguk bersama.
Kalau minum sorang-sorang, ia macam makan lemang berkepala santan basi tapi sayang nak buang meski lazat bergelang, pangkal takuknya hitam sebab masa potong, gamaknya tersilap serong mungkin diingatkan rata, sebab tak nampak. Rupanya hmmm best kepada yang berselera luar biasa. Wallahu'alam.

isyraq berkata...

Sdri Zana..,
molek jugak gitu..setiap saat kisah hidup dan kehidupan itu satu ilmu. Kalu sdri kata kena ngadap telinga hati kat tepi jendela jeriji nak bari kisah berinti ilmu ni pun takpo. pahtu nak kena bawak pisang lemak manis ssikat, ayam golek ghetek kah? manatau kut zman lo ni nak tukar selera dgn KFC & pizza pulak.

zanazanzaly berkata...

isyraq,
kalau nak bawa pisang, pastikan jelai berangan setandan. yang lain tak nak, takut perut senak.
segala makan barat saya tak minat sebab masakan melayu tetap menjadi pooojaaan hatiku.

isyraq berkata...

alhamdulillah..smbil2 urut dada..jimaaat duit aku. org tua2 kata mudah nak bela..makan mknan kmpung..bg putu dgn pisang julai berangan byk2 pun takpo. Blh buat kempen cintai makanan tempatan sama..btw, ambo dah htr "puisi" jelai berangan di emel sdri Zana.

zanazanzaly berkata...

isyraq,
jika tak menyusahkan, mohon dihantar puisi yang dimaksudkabn ke emel nobleart2u@yahoo.com.my segera.

Musteeka berkata...

Seperti ingin kembali ke sana, bermain hujan pagi, lalu dalam kebasahan meneguk kopi panas dan putu halba....