Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Jumaat, Februari 13, 2009

Ada Apa Dengan Usia?

Fenomena bersuami muda menjadi trend terkini dan ia bukanlah perkara baharu kerana sejak zaman Rasulullah (saw) hal ini sudah pun berlaku. Tak terkecuali isu lelaki berusia mengidam mempelam muda. Ya, apa salahnya, kalau tertib dan caranya kena?

Jangan sampai kalian teruja membina mahligai, air mata insan yang pernah anda sayangi dan masih menyayangi anda berderai-derai.

Saya yang menjalankan khidmat membuat kad perkahwinan sangat mengalu-alukan pasangan bercinta; biarpun siapa mereka, tak kiralah samada pasangan yang sekufu usia, wanita yang mahu bersuami muda mahu pun remaja lelaki yang mencintai wanita berusia, atau lelaki tua yang mahu sentiasa rasa muda lalu memilih untuk memadu asmara dengan perempuan sebaya anaknya, ayuh dipersilakan semuanya segera ke Noble Art untuk menempah kad. Kami sedang menawarkan diskaun hebat sempena NOBLE ART MELANGKAU SATU DEKAD!

Buat apa tunggu lama-lama kalau sudah seia sekata tegar berkongsi hidup bersama. Moleklah bersegera ke arah kebaikan demi keredhaan Tuhan.

Kepada semua pasangan bercinta, terimalah lagu ini istimewa daripada saya. Tak lupa kepada seseorang yang jauh di mata tapi di jiwa akrab sentiasa, buat rafik yang sedang bersiap untuk ke kota batu bagi menyelesaikan masalah ummah serta untuk semua pencinta setia, jom sama-sama berjoget sambil menemani saya mengisi pakaian dalam beg bagi mengiringi rafik berjihad mempertegakkan maruah seorang muslimah.

Bak Tan Sri SM Salim bersenda, "ha... dengar lagu ni tau, ini nasihat bukan mengata."

10 ulasan:

rozais al-anamy berkata...

Hey, bercinta pun kerja juga. Kenalah tekun dan sabar.

zanazanzaly berkata...

al-anamy,
ha ha ha

zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

zaidi,
ada manja kata tak setuju ke?

zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
farhana berkata...

zana.. cinta itu indah.. malah merabunkan.. dan kengkadang boleh membutakan.. muahhahaha.. cubalah.. pasti nak lagi..

hang tanya ada apa dengan usia? aku nak jawab.. tapi.. omputih.. age is just a number.. telling u how long u have lived.. and when about to leave..

zanazanzaly berkata...

farhana,
amboi lidah omputih hang teror cakap kedah no. hang tentu belajaq sains dan math dalam bahasa jww bitch (aku silap eja ke?).

farhana berkata...

zana, dah jugak.. ckgu aku ajaq guna loghat kedah.. masa tu kementerian tak sughuh mengaji maths ngan sains bahasa omputih.. hehehehehhe

rba berkata...

:-)

zanazanzaly berkata...

rba,
selamat datang!
terima kasih untuk senyuman
yang dilayangkan.