Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Isnin, Februari 09, 2009

Pasir Rasa Karang Jiwa

Ketika seseorang bertanya
apa petua serasi bersama


"Semua silap salahnya,
saya goreskan pada pasir rasa
agar senang dibawa pawana
berlalu begitu saja.


Segala budi baiknya,
saya pahatkan pada karang jiwa
agar menang dibadai gelombang
terlalu begitu jaga."

6 ulasan:

sodium™ berkata...

jika semua pasangan di dunia mempunyai penilaian begini..pasti tiada lngsung pergolakan jiwa..

zanazanzaly berkata...

sodium,
manusia sering berbicara seputar cinta dan bahagia
tanpa mengakrabi makna hakikinya
yang juga ada sebatian setia, korban harta/nyawa dan sengsara.

diam juga sari patinya
yang berfungsi nyata
ketika cinta membumbu jiwa.

pernah saya ditanya:
mengapa kau membisu seribu bahasa
tatkala perlu memanifestasikan cinta?
jawab saya:
dengarkan diamku bersuara menzahirkannya.

zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

zaidi,
"Tidak semua orang mampu berkata dlm diam, tidak semua telinga mampu mendengar bila mulut itu membisu. Tidak semua hati mampu mengolah perasaan tanpa getaranya."

sila pastikan awal-awal, pasangan yang sdr jatuh hati itu bukan dari kaum yang sum mum, buk mum, um yum fahum laa yar jiuun.

Syahidahitusuci berkata...

Lidah diam..
pahatkan kata nota cinta