Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Isnin, Februari 23, 2009

Cinta Kereta


17 tahun lalu dengan sekali ujian bertulis dan amali, alhamdulillah saya terus lulus dan mendapat lesen memandu yang sah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana ada teman-teman yang hingga sekarang masih tidak dapat merasai keghairahan menekan pedal minyak sambil menggenggam stereng kereta walaupun sudah bertahun-tahun tanpa cuai menunaikan bayaran sebagai pemegang lesen sama. Seribu satu alasan mereka cipta untuk satu hal yang kelihatan tidaklah merumitkan. Biarkan lah mereka dengan alasan mereka asalkan bahagia.

Menyentuh seputar lesen dan kereta, saya berura-ura mahu menukar kereta manual kepada yang bergear otomatik. Kesesakan jalan raya dan faktor usia mendesak saya membuat keputusan drastik.

Ketika mengunjungi bilik pameran kereta, ada dua lelaki leka bersembang mengenai sebab musabab mereka berada di sana. Antara faktor-faktor mereka mahu memiliki kereta baru disebabkan harga minyak pun sudah turun tambahan pula, kadar faedah pinjaman bank pun semakin rendah. Bagi saya, tak salah mereka mahu menukar atau menambah kereta baru asalkan mereka mampu. Jangan susahkan orang lain sudah!

Seorang yang berkulit cerah, saya agak awal 40-an usianya manakala seorang lagi berkulit hitam manis, raut wajahnya refleksi lelaki menjangkau 50-an. Kata yang 50-an, dia idamkan kereta baru yang berjenama sebab pernah ada satu dahulu sebelum ditakdirkan berlaku tragedi. Insiden itu membuatkannya berasa patah kaki. Dia yang tak betah hidup tanpa kereta sebegitu, mahu tak mahu terpaksa akur dengan faktor kewangan yang tidak mengizinkan, lalu dia membeli kereta terpakai. Aduh! second hand Tiaranya cuma bertahan tiga tahun sahaja. Jiwanya tak tenang selagi tidak memiliki jenama idaman.

Lelaki 40-an berhadapannya mendengar sambil lewa sambil berkelip-kelip lama. Kemudian, lirih bersuara, tak sangka ya, selera kita serupa. Sama-sama sukakan kereta baru dan berjenama pula.

Lelaki 50-an itu terasa egonya dicabar lalu dengan bangga berkata, kalau saya beli kereta baru pun plat sedia ada akan saya guna pada kereta baru itu sebab saya beli mahal dahulu.

"Eh, eh macam sehati sejiwa pula." Senyum lelaki 40-an itu bersulam sinis yang menikam sambil melirik kepada kami dan jurujual wanita yang menghulurkan katalog new brand City kepada mereka berdua.

Jurujual: Plat tuan yang mana satu, ya?
Lelaki 50-an: DAT
Jurujual: DAB siapa punya?
Lelaki 40-an: Shyyyy!

Tiba-tiba ada tangan merangkul bahu, "Jom, aku tetap sukakan CRV auto model dulu." Sahabat dan saya pun berlalu meninggalkan kedua-dua lelaki itu tersipu-sipu.

7 ulasan:

zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

abang edi,
amboi gelak mengalahkan Mogambo. seram manja tau!

zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nanyrazaly berkata...

salam..kalau selama ini saya hanya sekadar menjadi pembaca komen yg setia, tapi hari ini saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini.

saya sangat2 bersetuju dgn apa yg abg edi nyatakan tu namun kita harus akur menyintai tak semestinya akan dicintai @ mungkin ada yg takut utk menyintai krn tak sanggup utk melukai & dilukai.

p/s: mohon maaf krn saya x pandai nak menggunakan ayat bahasa tinggi.

zaidi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

Kanda Edi dan Dinda Nany,
Jika boleh saya berkongsi betapa cinta bukanlah tujuan dari keberadaan manusia di dunia, bukan pula khatimah dari perjuangan di alam fana. Cinta hanyalah “kenderaan” untuk meraih kebahagiaan sejati, iaitu redha Allah demi syurga-Nya yang seluas langit dan bumi.

"Apabila jatuh cinta, hidup dirasakan sangat sempurna. Atau jiwa tidak pernah bercinta selama-lamanya"