Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Rabu, Januari 27, 2010

Jom Dhuha

Entri ini inspirasi rakan penulis Amiza Khusyri menerusi FB. Saya kagumi gagahtabahnya mengajak warga FB ke arah Rabbul Izzati. Tulisnya begini, ingin membuka pintu-pintu rezeki dengan mengajak semua - jom Solat Sunat Dhuha!

Saya petik hadis yang Khusyri kutip dari riwayat Abu Dzar, sabda nabi SAW, "Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."

Suka saya menambah, alang-alang berdhuha aksesorikan ia dengan Ma'thurat Kubra. Sughra pun tak apa, asal buat saja!

Ah apa tunggu lagi? Jom dhuha.

Tak sempat hari ini, mulakan esok ya. Tambah berseri busana taqwa jika berlabuci puasa sunat Khamis esok hari.

2 ulasan:

Hann berkata...

zana.. aku suka ni..
dan waktu dhuha adalah paling mendamaikan. andai dikerjakan sebelum aku mula kerja, maka hinga ke akhir hari aku rasa gembira amat..

aku adalah.. farahfarhana

zanazanzaly berkata...

hann,
namamu yang ini mengingatkan aku kepada siri Han seseorang.

Aduhai dhuha! Sepertimu juga, damai dan fana aku kala Waddhuha dan Wasyamshi wadhuhaha mengulit jiwa dan kala doanya menitir bibir.