Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Ahad, Januari 17, 2010

Seminggu Lalu

Seminggu yang lalu saya diundang ke sesi fotografi oleh sebuah butik pengantin. Demi memenuhi impian seorang rakan lama niaga, saya gagal memberi sebarang alasan walaupun permintaannya saya kurang berkenan. Punyalah ramai rakan taulan, saudara mara yang dia ada, saya juga yang dipilihnya. Apa kes, apa cerita, ya?

Melihat saya menggeliat kiri-kanan tidak selesa menghadapi pengalaman pertama dipantis wajah yang pada anggapan saya sedemikian rumit, Aznah tauke butik, rancak mengkritik wajah saya yang baginya senang disolek kerana batang hidung, tulang pipi dan dagu sudah sediada terbentuk memadai dengan
tatarias ringkas yang hanya memakan masa kurang 30 minit.

Ibu berzuriat kembar itu kemudian mengklik DSLR Nikonnya dengan membenarkan saya berinteraksi dengan lensanya secara bebas dan bersahaja.

Dan, inilah hasilnya... ha ha ha gelak sakan saya. Anda bagaimana?










Imejan Cybershot Ira Shamsudin

20 ulasan:

Fizahanid berkata...

Sungguh menawan !

zanazanzaly berkata...

fizahanid, ahaks! terima kasih untuk kata-katamu yang manis.

WAN MARZUKI berkata...

Saya bukan nak gelak, tapi kaku terpegun. Patutnya tak payah buka-buka busana pengantin tu. Cari orang sebelah. Jadi suri di mahligai bersemi!

zanazanzaly berkata...

wan marzuki,
ish mana boleh tak dibuka-buka, mestilah bagi laluan, baru boleh jalan. Hahaha

alhawari berkata...

Salam,Comeljugak kakandaku memakai baju pengantion ni,,Doaku agar allah Permudahkan Urusanmu,

zanazanzaly berkata...

alhawari dindaku yang jauh di mata namun di jiwa seperti biasa. Terima kasih atas kunjungan mesra dan kata-kata semanis kurma. Kuaminkan doamu dengan seraup hamdalah.

Rin berkata...

Salam. Mana "longkong"nya? (betul ker eja tu...). Bila tiba saatnya, "kunfayakun" akan menidakkan segala alasan, mengenepikan segala andaian dan buruk sangka pada yang Empunya takdir.

Alhamdulillah.

zanazanzaly berkata...

Rin,
Singkatan namamu mendentingkan gema ingatanku pada sebuah nama RIMD pada puyan purba. Dan seperti dulu-dulu juga senyumanmu berhias lesung pipit(telaga yen, kata orang kampung kita) manisnya bak tapai tak bergula.

Awasi ejaan longkong sebab ia boleh jadi jongkong, "low kong" atau pun silap gaya longkang maa. hahhahhah

Musteeka berkata...

Zana,

Tak sangka ada orang masih menyimpan lembaran sejarah yang sangkaku, hanya aku yang tahu. Thanks anyway...ia sangat bererti, namun memerlukan semangat yg tegar untuk mengembalikan nafasnya.

Bercakap tentang sejarah, masih ingat tak lagi, semasa kecilmu, Zana yang nakal mengutuk warga P.Mas, almaklumlah Zana "speaking" KL...Sekarang siapa di KL dan siapa di P.Mas...hehe...sekadar kenangan, ye tak?

Rimbunan ilham sudah lama tidak terlerai, masih tersimpan rapi dalam diriku, hanya yg mengenal RIMD akan memahami patah bicaraku....

zanazanzaly berkata...

Musteeka, Rin @ RIMD,
apa pun namamu jiwamu tetap satu. yang itu, itu juga. Nakalku dulu ada hikmah yang pernah siapa pun tahu. Tapi kini hah tu dia, demo tahu dan malu sendiri bila dengar betapa payahnya lidah klate (sesetengahnya) nak tukar pelat. Kesian demo tu. Kito ni takpo la buleh peleng poteng semeta tulo. Ko guano?

Musteeka berkata...

Ibarat pelakon yang memainkan pelbagai watak, tidak dapat lari dari menjadi dirinya sendiri. Apa pun nama dan gelaran, identiti diri yang sebenar adalah satu, kembali pada azali. Namun nama itu manis bila ia dikaitkan dengan sejarahnya yang tersendiri.

Lidoh kawe tok terbelik lagi, auto switch maa....loghat yang indah...sangat halus pertuturan dengan makna yang dalam.

zanazanzaly berkata...

musteeka,
fuh! cantiklah kalimah "auto switch" mu itu secantik "back hand smach" saya yang kian mantap sejak tiga malam lepas! cewah.

Musteeka berkata...

Hidup berteman menambah kematangan dalam kata2mu... berat di bahu telah terbahagi dua, dipikul bersama, ditelan berdua...

zanazanzaly berkata...

musteeka,
banyak berubah! memang banyak yang bertambah; yang mana patut sahajalah saya tambah, yang tak sesuai...saya kata silalah blah! hahahhahah

Musteeka berkata...

Memanglah, manusia kena berubah untuk terus maju. Perubahan itu sendiri perlulah yang positif dan membina. Kita perlu berubah...

zanazanzaly berkata...

musteeka,
berubah bagi saya adalah hijrah. dan hijrah menagih pengorbanan. berkorban kerana Tuhan menguntungkan! begitu bukan?

Musteeka berkata...

Seharusnya begitu, hijrah adalah satu perjalanan yang panjang. Mengimbau hijrah RasulAllah, ia adalah satu perjuangan sepanjang hayat baginda.... penuh ranjau dan duri....namun hakikat kemenangan itu kekal sepanjang zaman...

zanazanzaly berkata...

musteeka,
baris akhir komenmu itu benar-benar mentahkik getar debar sebuah genta rasa raksasa dalam sukma saya selaksa jauh.

Teruskan istiqamah hijrah kita, moga kita jadi abdi pilihan!

Musteeka berkata...

Zanazanzaly,

Perjuangan RasulAllah selesai sudah. Kita adalah penyambungnya. Namun pesan baginda sendiri, ada perjuangan yang lebih besar dan lebih afdal dari bertempur di medan perang...iaitu JIHAD HAWA NAFSU!

Selamat berjuang sahabatku...

zanazanzaly berkata...

musteeka,
aiwah, hayya fil jihad! Insyaallah kita jumpa pada resepsi di Klang April nanti.