Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Sabtu, Januari 17, 2009

Sebentuk Kerongsang Purnama

Jumaat kelmarin,
gerimis pagi yang mengiringi
bagaikan renjisan air mawar mewangi
segar lambaian pepohonan
menyerakkan haruman pandan
tompokan awan berkelopak kesidang
sepanjang perjalanan ke tanah Tok Ku Paloh
aroma bunga rampai semerbak menyeluruh
putih langit Darul Iman mulus merentang
hijau bumi Abdul Rahman Limbong
merenjispilis tetamu datang.

Malamnya,
senyum manis tetamu berbalas
sebentuk kerongsang purnama.

4 ulasan:

tufan berkata...

Hi,very nice blog.

zanazanzaly berkata...

tufan,
thanks. syukran . terima kasih . syukria .

Persis Minda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

persis minda, saya doakan agar masalah "kesukaran" sdr pulih seperti sediakala dalam waktu yang singkat. Semoga cepat sembuh!