Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Jumaat, Januari 09, 2009

Sesudah Tiada, Barulah Rasa

Bisik rakanku
saat kami menompang dagu
merenung langit kelabu
musim tengkujuh lalu
"Pernah suatu setika
pada usia remaja
kudengar sebuah bicara
nan menusuk rasa."
"Berterus-terang itu amalan mulia
namun bila menyentuh tentang perasaan
adakalanya,
kebisuan... lebih meninggalkan kesan."
Nah! Kebisuan yang sama
akhirnya membunuh sebuah jiwa
dan sesudah dia tiada di sisi
barulah kau sedari
peritnya sukma meronta
mahu dihargai dan menghargai.
Doaku, semoga kau bahagia
atas segala daya yang kau cuba
memuji yang telah tiada
pada setiap masa
mengingatinya yang setia
dalam apa jua cara!

4 ulasan:

Sodium™ berkata...

Akak ni kawan akak Rozais Al Anamy ke?

Sorry ye sebab tulis comment yang x berkaitan dekat sini..akak boleh contact saya melalui kotak menjerit saya k..huhu

zanazanzaly berkata...

Salam Sodium,
t.kasih atas kunjungan.

p/s: nama yang u sebut tu, spesis dari planet mana ya?

- dieyana - berkata...

k.zana, diana nak tanya, cerpen2 k.zana yg pernah tersiar tu, pernah dibukukan tak? Kalau belum, diana syorkan akak kumpul cerpen2 tu, dan antar kat kami di penerbitan sastera. Kami kat sini amat memerlukan penerbitan kumpulan cerpen, memandangkan sekarang ni genre cerpen amat berkurangan. Cerpen2 akak sgt best!

zanazanzaly berkata...

salam diana yang manis, t/k atas pertanyaan. jawapannya ialah belum dibukukan lagi. Cadangan diana amatlah dihargai. Silakan beri komen/cadangan yang bernas lagi ya. Semoga Allah swt menganjari usul murnimu itu, insyaallah dik!