Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Sabtu, Februari 21, 2009

Demi Cinta!



Bina jambatan menuju ke seberang/Melangkah jurang lebar dan dalam/Dengan darah dan keringat/Dengan airmata berpegang pada taliNya/Rapatkan saf semangatmu jangan goyah/Kota yang telah roboh harus dibina semula/Atas dasar kebenaran demi kita demi waris/Semua serangan yang datang kita tangkis/( 1 )Jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri/Di sebalik pahit getir kemenangan menanti/Bagaikan burung Phoenix bangkit dari abu/Bangkit membina (semula) satu keindahan (baru)/Phoenix bangkit/Bina jambatan menuju keseberang/Dengan darah keringat dan airmata oh.../Melangkah ke seberang ke tanah yang dijanjikan/Dirindukan/Demi cinta tiada lain demi cinta.

Menatap media massa penaka menonton wayang dengan segenap roma pada anggota meremang. Idea politik mengontang, jasad ekonomi membelulang, sukma sosial menggersang, atma agama mengusang. Menyusup saya ke benua jiwa, lara menyala. Perbalahan, perebutan, kekalahan, kekecewaan, kemusnahan berwajah sejuta rupa. Dialektika Murni dan Munir ketika ini serasa-rasa sangat bermakna.

“Dan, kolerasi yang aku rancangkan ini sebenarnya memetamorfosiskan kau menjadi phoenix. Bukan seluang, seperti yang kau sangkakan.”

“Burung lagenda yang indah menawan berbulu merah dan keemasan?” Munir sengaja mengenakan umpan dengan harapan kailnya mengena.

Dalam berjenaka, pantas keintelektualan Munir mengimbas fakta sebuah mitos kuno, burung phoenix hidup di padang gurun Arab yang mampu mencapai umur lima ratus tahun. Saat itu ia akan bersarang di tengah api dan membiarkan dirinya terbakar. Setelah tiga hari, burung phoenix bangkit dari abunya untuk hidup lima ratus tahun lagi.

Seolah-olah dapat membaca fikiran Munir, Murni lirih bersuara, “bukan itu yang utama. Keperibadiannya yang wajar kau garisbawahkan. Rengkuhi kehancuranmu sebagai acuan besar untuk membentuk peribadi baru yang jauh lebih baik dan lebih segar."

“Jadi, kau yang sengaja memusnahkan segala-galanya semata-mata mahu melihat sebuah inkarnasi phoenix bangkit dari abu?”

Curiga yang menyelinapi hati Munir sudah dapat diintai Murni. Kerlingan Murni bersatu dengan tunakan mata Mulia seketika. Dan, dengan senyum selamba Murni beralih pandangan menyorot tepat ke wajah abang Mulia yang terhenyak pada kerusi di hadapan mereka berdua.

Similir Laut China Selatan sopan meliuk-lintukkan hijab Murni dan Mulia memesrai suasana rendezvous menghadap laut. Juntaian rambut di dahi Munir turut dicuit nakal untuk menari bersama.

“Sudah kukatakan, ia simbol keabadian. Lambang dari kitaran kehidupan setelah musnah. Kebangkitan selepas rebah.” Ada pintu ketegasan yang Murni kuncirapatkan dalam penerangannya.

(petikan cerpen: Rindu Berladung di Pulau Duyung)

4 ulasan:

baca fikir berkata...

Salam zana,
"Cinta yang luhur, lahir dari jiwa yang murni !"

zanazanzaly berkata...

rba,
salam kembali.
benar sekali kalimat yang sdr atur, cuma kini banyak cinta yang kononnya dianggap luhur berbaur dengan kejujuran yang kendur.

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

zaidi,
jika mudah buluh dilentur, semudah kata ditutur...
oh alangkah indahnya hidup manusia di dunia fana.