Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Khamis, Januari 21, 2010

Dari Jiwa Ia Bersuara

Dan akhirnya,
rasa berdansa
mengikut irama suara jiwa
diam memujuk kita
untuk tidak bersuara
kecuali membaca bahasa mata.

-Aras Sebelas Menara DBP.

2 ulasan:

WAN MARZUKI berkata...

Matamu dalam mataku
sketsa lalu hadir dalam sebu
namun,
maafkan aku
tidak menyapa tika bersua
lidah seakan ditusuk luka!

zanazanzaly berkata...

wan marzuki,
umpama lirik lagu itu,
"dari kerana mata
yang mempunyai kuasa"
mengapa sekian lama
kita bersua,
tidak kau hirau
aku yang setia
menatang pembalut luka
bila-bila masa sahaja
jika kau sedia
aku setia menggalas tugas
jururawat, jika yang sediada penat!
hahhahahah