Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Ahad, Januari 31, 2010

Lagu Penawar Sebu

NEIL DIAMOND! Jawabnya penuh makna seraya tepat menancap seluruh wajah saya yang terkesima tidak terkata.
Saya hanya mampu bertanya siapakah penyanyi asalnya tatkala mendengar suara teman di sisi mendendangkan lagu itu ketika saya ralit bercakap dengan diri sendiri setelah tergesa-gesa pulang dari pejabat setelah parah diserang selsema pagi tadi.
Ah lagu itu! Suatu waktu dahulu pernah saya hafal, kini terlupa liriknya.
Bersin yang tak henti-henti akibat terhidu asap rokok pelanggan. Natijahnya, ia memaksa saya bergegas pulang. Bimbang pelanggan beredar dari Noble Art kerana menyangka saya pembawa H1N1 setelah melihat tisu pemekup hidung saya bertompok-tompok saga.
Sampai sahaja di rumah, saya terus menyalami penyaman udara, meluru ke dapur, menuang minyak Cap Kapak ke dalam secawan air panas lalu menyedut wapnya sembari bibir melafaz Doa Syifa'.
Sama sekali tidak saya sedari seseorang asyik memerhatikan gerak geri saya. Tiba-tiba sahaja, terpana saya melihat merah ulas bibirnya indah menuturkan bait-bait puitis lirik...
What a beautiful noise
Comin' up from the street
Got a beautiful sound
It's got a beautiful beat
It's a beautiful noise
Goin' on everywhere
Like the clickety-clack
Of a train on a track
It's got a rhythm to spare
It's a beautiful noise
And it's sound that I love
And it's fit me as well
As a hand in a glove
Yes it does, yes it does
What a beautiful noise
Comin' up from the park
It's the song of the kids
And it plays until dark
It's the song of the cars
On their furious flights
But there's even romance
In the way that they dance
To beat of the lights
It's a beautiful noise
And it's a sound that I love
And it makes me feel good
Like a hand in a glove
Yes it does, yes it does
What a beautiful noise
It's a beautiful noise
Made of joy an of strife
Like a symphony played
By a passing parade
It's the music of life
What a beautiful noise
Comin' up to my room
And it's beggin' for me
Just to give it a tune
Sejam saya terlena di sofa dalam nyaman hawa dingin tiupan Heir setelah menelan clyratine, dan didodoi dengan lagu itu. Sebaik sahaja sedar dari lena, sebu sirna. Usai mengimami Zohor, teman di sisi menawarkan diri membantu saya berpacu ke Kota Bharu untuk menyiapkan kerja pejabat yang tertangguh sejak pagi tadi.

2 ulasan:

Unknown berkata...

zana.. romantik bunyinya..
hang sesema ka.. hang ada penyakit leyn? hahha.. aku tulong gumbira bagi pihak hang

(aku ja ka yang gheyuh kat sini?

zanazanzaly berkata...

hann,
tu dia aih. hang ja yang gheyuh dalam sengap. depa tu sengap dalam gheyuh. nuh pakat duk sms dan emel, sampai tak larat nak jawab. biaq pi la iah depa asal depa bahagia.

hang pekena aku noo. aku selsema betui la. pagi tadi samapai kena pi spital dulu baghu mai opis. bukan main-main ooo!