Saat kau takluki
segunung bahagia nan tawar
aku redha ditelangkupi
sebusut derita yang manis
dalam mamai waktu bulan pucat manai
sayu zikir anai-anai
"Ya Sabbursegunung bahagia nan tawar
aku redha ditelangkupi
sebusut derita yang manis
dalam mamai waktu bulan pucat manai
sayu zikir anai-anai
Ya Ghaffur
Thur hancur
cinta Musa bertakhta
di peterana taubatnya."
6 ulasan:
aduhai, mcm manalah kak boleh cipta puisi yg indah begini? :)
Amiza Khusyri,
suara jiwa bila-bila masa sahaja pasti bergema dalam irama dan lagu nan syahdu tatkala ia memijar dibakar api rindu.
Aduh kak,
Respons itu pun sudah cukup meruntun kalbu. Argh! :)
amiza khusyri,
tekapkan telapak tangan kananmu selalu ke dada kiri, akrabi degup jantung, buka indera seluas-luasnya, rasai getar kalbu, debar rindu bersenandung. Allah Maha Agung!
Ok2. Surrender! Hehe
amiza khusyri,
kibar bendera putih nampak!
Catat Ulasan