Degup jantung saya pantas temponya sejurus membaca madah hikmah nukilan Hamka. Saya terus teruja memetiknya daripada laman akhi Mauswah untuk disemai di laman maya saya pula agar wanginya semerbak merata-rata. Nukil Hamka, “Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara fitrah akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.” Dan, saya mahu menitipkan kembali wasiat Imam Al-Ghazali, "Jika kamu bukan puteri raja, mahu pun zuriat pembesar negara atau pun cahaya mata ulama' muktabar, maka jadilah penulis".
PPMN09 sudah seminggu melabuhkan tirainya. Pencerahan paling ketara menyusup masuk ke jiwa saya ialah tentang bagaimana seninya Al-Quran bercerita. Ashabul Kahfi itu tidak diperjelaskan secara rinci mana yang tidak penting seperti jumlahnya atau pun nama mereka. Sebaliknya Allah swt menekankan perihal keadaan tidur mereka dengan mata terbuka kerana jika sekian lama terpejamnya manusia (apatah lagi melebih tempoh 300 tahun), pasti buta. Tubuh mereka juga dibalik-balikkan kiri kanan, tidak statik dalam keadaan terlentang mahu pun rigid mengiring sebelah badan demi mempastikan pakaian mereka tidak reput di makan anai-anai atau lusuh di mamah tanah. Nak tahu lagi? Carilah sendiri dalam surah al-khafi.
Tahniah Salman Sulaiman kerana berjaya menukang sebuah makalah tepu ilmu dan terima kasih sudi berkongsi di PPMN09 nan lalu.
Jumaat, jika tiada agenda pada paginya, seringkali memetamoforsiskan saya dan rafik menjadi patung cendana. Lima hari ke kota batu dan kota bersejarah menggendalakan urusan kemaskini teratak kasih di Padang Embun. Seharian bermesra dan memperelokkan parasnya, kami bersiap sedia pula untuk menghadiri Majlis Baca Puisi Puspa di SMK Pak Badul, Pasir Puteh jam 9.00 malam ini.
Ah indahnya dapat bersantai minda di acara sastera sebegini. Terima kasih Cikgu Zulkifli Zain kerana sudi mengundang kami. Kita jumpa di sana nanti. Kepada semua peminat puisi, jom sekali!
parasmu menyalin irasku setiap kali bercermin manis senyummu tersungging di bibirku dan aku pun tahu pun selamanya tentu kau tidak ke mana-mana melainkan berterbangan bak burung hijau riang berkicau dalam jiwaku.
Alhamdulillah, saya berjaya menghadiri dan mengkhatami Perhimpunan Penulis Muda Nasional 09 dengan sejuta bahagia. Tak pernah disangka-sangka saya dan rafik bertemu semula dengan seorang rakan sekuliah selepas 12 tahun berpisah. Terima kasih Wan, sudi menjemput kami sejurus menuruni sang kunang-kunang.
Ah, tuah sekali lagi mendatang dari jalan yang tak disangka-sangka, kami ditumpangkan oleh lelaki Perak ke Ayer Keroh, Melaka. Entah mengapa sejak awal remaja saya sentiasa tidak dapat menstabilkan detak jantung sendiri setiap kali berdepan dengan pemuda Darul Rizduan.
Selain dapat ilmu dan pencerahan, saya juga sempat menyambut banyak tali silaturrahim yang dihulurkan. Pertama kali bersua dengan Hafizah Iszahanid dan Shaidah Shafie sangat mengujakan.
Tak mungkin luput dari ingatan, saya berpeluang menari di gelanggang ping-pong pada setiap petang sepanjang perhimpunan bersama rafik tersayang. Kehebatan permainan Dr. Takiyudin (pemuda Machang, graduan perubatan Universiti Al-Azhar) dengan regunya Dr. Lee Wai Wai dari Pejabat Kesihatan Kuala Pilah tangkas melibas kenangan saya ke gelanggang Kejohanan Ping-Pong Kebangsaan 2004 di Seberang Prai, Pulau Pinang.
Dan sebelum PPNM09 khatam, saya berjaya membuatkan seseorang bersedia menyahut cabaran saya untuk bertarung di gelanggang pada saat matahari petang membiaskan kilau keemasan mengocak-ngocak riak air di kolam.
17 April sudah saya menerima segugus pesanan diterbangkan angin membawa madah: Maaf terkhilaf menguji janji/manakan tahu tetamu muncul tugas menghambat masa berlari/terbaca pesan hidangan tersaji dalam majlis undangan terkumpul/mohon maaf sepuluh jari.
Awal pagi esok, sekali lagi saya akan diterbangkan sang kunang-kunang. Sayup-sayup kedengaran rentak joget berkumandang tingkah meningkah memacu langkah buat kesekian kali ke bumi Hang Tuah.
Anak itik berenang-renang di pantai Lalu terjerat si akar kayu Orangnya cantik tapi sayang mahal senyumnya Terlalu mahal bimbang tak laku
Si akar kayu dikerat ditarah-tarah Anak perawan duduk di tangga Walau tak laku biar ke tua ku rela Diriku bukan untuk dijaja
Si anak dara bersimpul menyusun bunga Daunnya layu gugur melayang Entah mengapa sejak dahulu bersua Benci di bibir di hati sayang
Pohon melati layu sebelum berkembang Ku genggam erat di tapak tangan Kalimah benci ku sebut ulang-berulang Tapi hatiku berkata sayang
Banyak kali saya ditanya soalan yang sama dan berkali-kali juga saya memberikan jawapan yang serupa pada setiap kali saya diajak secara rasmi berbicara mahu pun semasa santai bergurau senda. Kepada adik-adik dan rakan-rakan penulis baharu, saya harap paparan di atas dapat memenuhi permintaan saudari dan saudara. Jika masih juga ada yang terbuku di jiwa, sila emel atau pun kita boleh berYM seperti biasa.
Remang petang langit menjingga bersantai di laman maya setangkai kudup rasa merah jambu tulus bingkisanmu menghiasi pasu kalbuku. Zal, transaksi "rasa" mempengaruhi susut-sarat saham jiwa.
Sembilan tahun lalu pertama kali bertemu kau hulurkan sejambangan mesra dengan kedua-dua belah tangan hemah dan hikmah memimpin kami melangkah sebelah menyebelah ke alam sastera nan indah.
"Cekalkan tekadmu padu wahai dua anakandaku usah ragu jangan malu ayuh, segera siap sedia kita belayar ke segara sastera."
"Wahai Datuk Segedung Ilmu terima kasih tiada tara atas kesudianmu mengizinkan kami tumpangi perahumu ke seberang jaya ia melaju."
SALAM HARI KEPUTERAAN MEI 12, BUAT YANG TERISTIMEWA DI JIWA DATUK KAYAJASA, DATUK SEGEDUNG ILMU, YABHG. DATO' PROF. DR. HASHIM YAACOB NAIB CANCELOR UNIVERSITI MALAYA KE-8.
"Saya menganggap perhimpunan lalu umpama laungan pemula menggesa semua ahli-ahli samudera bersegera memunggahkan segala muatan berharga ke dalam bahtera sastera negara.
Di musim lalu juga, warga bahtera digesa agar mempertajam iltizam, membulat nekad dan bersedia untuk sangga menyangga meredah gelora segara dengan bahtera pusaka yang sudah dibina kukuh sejak zaman Kajai, Sako dan yang seabad dengannya.
Semakin diperhebat dek generasi Anwar Ridhwan membawa ke era S.M. Zakir hingga sekarang. Pertemuan kali ini pula petanda bahtera yang sarat kian mantap diperkuat dengan ilmu, sifat muafakat dan semangat ahli-ahli samudera yang sudah bersedia untuk belayar di perairan antarabangsa menuju ke timur mahu pun ke barat tanpa sesat."
Semoga bahtera sastera kita belayar di perairan antarabangsa dengan selamat membawa muatan berharga nan sarat ke timur dan ke barat tanpa sesat kerana kompas akal budi kita tepat menunjuk lubuk dagangan dunia berpusat tanpa membelakangi kiblat.
Hendaknya, bahtera sastera kita yang unggul talinya utuh di dermaga bangsa berpasakkan agama, sentiasa dikurniakan-Nya nakhoda yang warak, bermaruah dan wafa'. Justeru dengan juragan sedemikian kita sedia berbai'ah dan berwa'ad.
sekian waktu kukucup semerbak kasturi Firdausi di kelopak hatimu.
Restukasihmu mengkupu-kupu biru berterbangan di taman peribadiku.
Anakanda meraikan hari perwatikahan Bonda Zanzaly binti Maideen ibnu Khuty Hassan Teristimewa juga buat Bonda Zarah binti Maideen ibnu Khuty Hassan Bonda Ainun Zabidah binti Awang Bonda YM Tuan Safiah binti Raja Hussein serta semua bonda seluruh dunia.
Masa makan kerepok lekor, saya bersembang-sembang santai dengan rafik seputar seorang kenalan kami yang bergelar tukang karut. Klip video ini ditujukan khas untuk Jemie Kebah dengan ucapan semoga cepat dapat pulang berkhidmat di negeri sendiri agar ketenangan bermukim di hati.
Mi, jange duk berbambak dan memencak kuk sir kun de. Lamo ke tubik jebok supo buih katok kalu tidok buih ombok).
(Zanazanzaly 100 % membantah bahagian lirik dalam dikir barat ini yang menyentuh tentang hisap rokok "cigaratte" dan promosi tanam tembakau).
Saya layan lagu ini sambil makan keropok lekor asli dari KT. Pawana Selat Melaka berlumba-lumba dengan bayu Langkasuka bawa berita, katanya ada khabar gembira. Wah, teruja saya menantinya dalam debar sejuta.
Lamanya kita tidak berjumpa sungguh sedihnya rasa hatiku sambutlah salam dari adinda jangan selalu digoda rindu sambutlah salam dari adinda jangan selalu digoda rindu
Walaupun jauh seberang lautan Kanda tak lupa sehingga mati Sungguhpun surat dinda kirimkan seperti badan datang sendiri Sungguhpun surat dinda kirimkan seperti badan datang sendiri
Janganlah kanda berhati duka Dinda tak mungkir segala janji Bila kudapat surat kekanda barulah senang rasa dihati Bila kudapat surat kekanda barulah senang rasa dihati
Segala-gala sudah kusiap Menunggu dinda bila kah datang Jikalaulah kanda ada bersayap sudah lama kanda terbang Jikalaulah kanda ada bersayap sudah lama kanda terbang
Baik lah baik belayar rakit Janganlah sampai putus talinya kasih sayangku bukan sedikit jikalau boleh mati bersama kasih sayangku bukan sedikit jikalau boleh mati bersama
Bangun pagi, saya terdengar dialog ini. Kaki: Hey, beraso nok ggedik weh! Tangan: Loh gi lah Terus lagu ini mengurui saya beraksi.
budtamijee pe ham aa gaye toh tum sharifo kaa phir kya hoga hai shishe ke ghar tumhare mara patthar toh phir kya hoga nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)
aankh milaungee, aankh churaungee dil dhadkaungee, hosh udaungee ai sab ko manaa lungee, sab ruth gaye toh kya mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (2) nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)
aankh milaungee, aankh churaungee dil dhadkaungee, hosh udaungee ai sab ko manaa lungee, sab ruth gaye toh kya mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (2) nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)
kuchh mushkil thee meree jara der se aayee hu lekin mai mohabbat ke najaro ne layee hu nachu nachu, naa naa naa nachu - (2)
kuchh mushkil thee meree jara der se aayee hu lekin mai mohabbat ke najaro ne layee hu dil kanch ke hote hai, yeh tut gaye toh kya mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (2) nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)
mana ke duniya me har kadam pe dhoka hai auron pe nahee lekin mujhe khud pe bharosa hai nachu nachu, naa naa naa nachu - (2)
mana ke duniya me har kadam pe dhoka hai auron pe nahee lekin mujhe khud pe bharosa hai jo kachche dhage the, woh tut gaye toh kya mai nachu bin payal, ghunghru tut gaye toh kya - (4) nachu nachu, naa naa naa nachu - (4)
Manusia pelupa, haloba rakus membaca pada lapis pertama dan, gopoh pula menyimpul erti dan reti meski belum pasti beza antara isi, inti dan serdak baki apatah lagi sari pati.
Berqarinkan ego mereka merumbu ilmu ditalkinkan inayah setelah hikmah diracunbiru menafikan muhasabah, mujahadah istiqamahbermazmumah enggan menaakul makna pada lapis kedua sementelahan yang ketiga dan seterusnya.
Wahai Yang Maha Berkuasa Mohon Kauperkenankan bagi mereka anugerah pencerahan jiwa naung redup rimbun ampun sebelum nyawa sangkak di halkum.
Pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang sangat kita perlu dan ia paling tinggi dalam isi labu. Justeru itu, saya memasang hajat, kalaulah dapat, alangkah nikmat saya beriftar Maghrib nanti dengan pengat labu yang seseorang buat.
Tapi memikirkan hati seseorang itu sedang hangat akibat niat sang tikus yang mahu membaiki labu, bunga hajat saya kuncup tiba-tiba. Segera pula saya teringat akan watak Labu lakonan M. Zain yang popular dengan dialog "bapak saya bilang, hari ni hari bodoh saya, encik."
Aduhai, kalaulah boleh saya halang Tuk Luncai, tidaklah ia terjun dengan labu-labunya. Begitu kata saya pada seorang teman. Jawab teman itu, "alahai... tercapaikah dek akalnya?"
Menurut kalender aktiviti DBP Wilayah Timur, hari ini berlangsungnya acara berikut.
Pesta Pantun Antara IPT Zon Pantai Timur
4 Mei 2004
USM Kubang Kerian
Saban tahun, acara seperti ini berlangsung dan jiwa saya berbunga bangga meskipun saya tidak pernah diundang hatta sekali pun ke majlis seperti ini oleh pihak berwajib. Barangkali mereka menyangka ia tidak relevan dengan saya. Tahu apa mereka tentang hal-hal intimasi seni dan mandiri dalam jiwa pengkagum, penikmat, pencinta seni budaya sendiri?
Demi melihat kalendar yang meremangkan bulu roma dan menderaukan darah saya, saya tersihir menjungkir kelir kenangan manis hampir dua dekad lalu di mana seorang gadis pemalu dalam usia 17 belas tahun belajar membakar gaharu seni. Ya Rabbi, semoga wangi ini semerbak tanpa henti.
Datuk Segedung Ilmu nan bijak bestari sedari bahari tekun berbari "yang tertumus dua kali ke dalam lubang yang sama keldai gelaran diberi bagi yang berotak di kaki."
Maka, apa gelar paling wajar buat yang berotak di kepala tapi berkali-kali menempah petaka menerjuni lohong yang sama dan balanya menimpa semua?
Muslimah ini lahir di Pasir Mas, bersekolah di Kelang dan Kota Bharu. Melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Bekerja di Pasir Mas. Melangkah ke ujana sastera pada 2001.