Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Selasa, Mei 05, 2009

Membaca Pada Lapis Kedua dan Seterusnya


Manusia
pelupa
, haloba
rakus membaca
pada lapis pertama
dan, gopoh pula
menyimpul erti dan reti
meski belum pasti
beza antara isi, inti dan serdak baki
apatah lagi sari pati.

Berqarinkan ego
mereka merumbu ilmu
ditalkinkan inayah
setelah hikmah diracunbiru

menafikan muhasabah, mujahadah
istiqamah
bermazmumah
enggan menaakul makna
pada lapis kedua

sementelahan yang ketiga
dan seterusnya.

Wahai Yang Maha Berkuasa
Mohon Kauperkenankan bagi mereka
anugerah pencerahan jiwa
naung redup rimbun ampun
sebelum nyawa sangkak di halkum.

"qul in(g) kun(g)tum tuhibbunallah fattabi'uni yuhbib kumullah"


Tiada ulasan: