Datuk Segedung Ilmu nan bijak bestari
sedari bahari tekun berbari
"yang tertumus dua kali
ke dalam lubang yang sama
keldai gelaran diberi
bagi yang berotak di kaki."
Maka,
apa gelar paling wajar
buat yang berotak di kepala
tapi berkali-kali menempah petaka
menerjuni lohong yang sama
dan balanya menimpa semua?
sedari bahari tekun berbari
"yang tertumus dua kali
ke dalam lubang yang sama
keldai gelaran diberi
bagi yang berotak di kaki."
Maka,
apa gelar paling wajar
buat yang berotak di kepala
tapi berkali-kali menempah petaka
menerjuni lohong yang sama
dan balanya menimpa semua?
2 ulasan:
Tepuk dada, bukan tanya selera...tanya jiwa.
Thoyba Mursyidah,
Itu yang sepatutnya. Tapi majoritinya yang tak berapa suka tanya jiwa kerana mereka sedia maklum jawapan yang bakal diterima akan mengekang amukan selera mereka nan membotarawana.
Menaakulnya sangat menginsafkan betapa darjat kemuliaan manusia meningkat hanya dengan ilmu. Tiada lain kecuali ilmu.
Catat Ulasan