Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Khamis, April 30, 2009

Diam Dalam Mihrab

Apa jua kita buat, pangkalnya niat. Sungguh saya ralat sangat-sangat kerana tak sempat ke Pesta Buku semasa berkunjung ke ibu kota minggu lalu. Meskipun begitu, Allah Maha Tahu betapa kempunan saya itu terlalu, maka dicetuskanNya dalam kalbu seseorang untuk mengirimkan sesesuatu yang saya gemarkan.

Semalam saya bersahur dengan sejuta syukur dan bahagia diam Dalam Mihrab Cinta. Dan, moreh selepas berbuka nanti akan saya jamah lagi satu demi satu pemanis selera buah minda El-Shirazi. Jutaan terima kasih buat teman yang akrab di jiwa kerana menyediakan hidangan istimewa sebegini untuk iftar dan sahur saya minggu ini.

Usai membaca novelet pertama, Takbir Cinta Zahrana, ada satu tanya mencendas tempurung kepala, apakah sudah anda khatamkan semua sebelum membingkiskannya?


2 ulasan:

Abdul Rahman Sokran berkata...

Salam.

Saya pun sangat ralat kerana tidak dapat berkunjung ke festival buku antarabangsa KL. Sebabnya banyak, tetapi sebab utamanya ialah saya "bukan orang bujang"....

zanazanzaly berkata...

ARS (akronim dengan izin)
salam kembali, senyum meleret saya baca sebab utama keralatan sdr. Tak pula saya sangka 'status' menjadi punca primer penghalang agenda.