Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Sabtu, Jun 12, 2010

Mari Mengiringi Merpati Menari

Pakar Penilai memperakui bahawa "Cerpen-cerpen dalam kumpulan ini memperkatakan tentang pelbagai perkara, termasuklah persoalan jihad dalam ‘Ada Cinta di Ulang Tahun Ketiga’, dan ‘Biru, Merah Jambu’; persoalan budaya dalam ‘Avule Aidil Adha’, ‘Setegar Padma Kok Pan-yi’dan ‘Rekayasa’; dan tentang isu semasa seperti ‘Teori 11’ dan ‘t Songsang’. Persoalan sejagat juga menjadi modal bagi penulis, misalnya soal palestin dalam ‘Merpati Menari di Padang Embun’; soal hukum agama dalam ‘Kutta di Sampugita’; soal gender dalam ‘Replika Teja’; dan soal patriotisme dalam ‘Kalam Munsyi”; dan soal dunia niaga dalam Rindu Berladung di Pulau Duyung.


Secara keseluruhannya, kumpulan cerpen ini menjurus kepada kumpulan sasaran khalayak yang berbeza-beza, dari remaja hingga dewasa. Bagaimanapun, hanya persepsi khalayak yang membacanya yang dapat menentukan dari sudut pandangan siapa (sama ada remaja atau dewasa) ketika mereka membaca itu. Ini disebabkan setiap persoalan yang dikupas oleh penulis dalam cerpen-cerpen ini membawa pengertian tersendiri kepada remaja juga orang dewasa."


Nah, tunggu apa lagi? Tempahlah naskhah anda segera dan bersama mengiringi merpati menari. sila dail 017 - 567 - 6679 atau emel zanazanzaly@yahoo.com atau hantar pesanan ke inbox fb.


3 ulasan:

Abdul Rahman Sokran berkata...

Tahniah....! Semoga akan ada lagi yang menyusul.

NASSURY IBRAHIM berkata...

Tahniah, kelahiran kumpulan cerpen persendirian 1. Harap pena terus menari

Aminah Hafizah berkata...

salam,

sedang menikmati antologi ini. tapi dengan sangat perlahan atas pelbagai tuntutan hidup.
Benar -
Siapa berusaha dia berjaya. Sepanjang jalan pulang saya memikirkan ini bila melihat kegigihan saudari.

Teruskan menulis dan selamat maju jaya!