Dingin malam tadi, santun melentur tegur semilir pagi ini. Kuntum senyum megah ceria menyapa mesra warna-warni ranggi puspa di laman jiwa.
Usai sesi memanaskan badan, saya bersenam dengan lompatan bertali. Sebagai pelengkap hari, dua keping roti, hirisan epal dan segelas susu segar sempurna sebagai sarapan pagi.
Langsir putih berikat riben merah di ruang tamu menari-nari gemalai dihembus silir pagi membingkis memori pada seseorang yang pernah menitipkan puisi ini:
Angin berpuput pagi
mentari merah senja
kasihku segar mewangi
hanya padamu saja.

4 ulasan:
Sdr Zaidi yang cerdik lagi terdidik,
bagus kerana sudah mulai memahami sajak sebabitulah sdr mula menyukainya.
Imaginasi sdr juga bertambah baik sehingga berjaya merasai sarapan saya walaupun di maya.
Sdr Zaidi,
tiadalah lagi kalimat hebat buat sdr yang mampu belajar dengan cepat:
S Y A B A S!
Catat Ulasan