Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Jumaat, Februari 27, 2009

Pabila Rindu Melanda Kalbu

Saya suka lagu ini. Suara Datuk Sharifah Aini memang tiada tandingan lagi. Seperti Tan Sri P. Ramlee, Kak Pah juga sukar dicariganti. Dulu-dulu, bonda selalu menyanyikannya ambil menemani saya bermain guli dengan adinda saya di rumah sewa kami di Jalan Kem, Pelabuhan Klang. Ah, zaman dulu-dulu terlalu indah untuk dikenang. Makcik saya di Taman Orkid, Meru pasti bersetuju. (Tentu dia sedang menghenjut-henjut bahu mengikut rentak lagu Rindu sambil terkenang-kenangkan kisah dulu-dulu. Tak mengapa, teruskan sahaja. Usah malu-malu, ya.)

Hangat petang Jumaat menuntun saya berlama-lama di laman maya. Dari sebuah taman ke taman lain, saya bagaikan rama-rama berterbangan. Rata-rata, saya dapati "berlana kona" kelopak rindu dalam jiwa pemiliknya yang mekar berkembangan pada serata bucu taman itu. Mahu saya katakan sesuatu, pabila kalbu diserang rindu, kumandangkanlah ia melalui lagu.


1 ulasan:

rozais al-anamy berkata...

manja,
Aku suka masa kak pah tarik "riiiiiiiiiiiiiiiiiindu,
mengapa rindu hatiku tiada tertahan."
Rasa lepas bebas apa yang terdekam dalam jiwa.

Lagu kak pah yang ini aku tak tergamak nyanyi depan ayahanda, aku pasti ayahanda kerling sambil senyum padaku.