Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Selasa, Februari 09, 2010

Jika Saya Boleh, Mengapa Tidak Aizat?

Semalam saya menemani teman di sisi menonton tv. Lama benar saya mempuasakan indera daripada menonton program yang kurang membaja minda. Sambil melipat kain, saya kerling "Terjah" seusai rancangan yang diminati teman di sisi tamat. Aizat dimusykilkan berjaya menurunkan berat badan secara alamiah dalam tempoh empat bulan. Aizat dituduh kononnya menjalani liposuction.

Persoalannya, Aizat didakwa mustahil berjaya mencapai berat badan ideal tanpa sebarang pil atau suntikan dalam jangka masa empat bulan. Heh, hairan apa? Saya pun boleh kurangkan 14kg dalam masa 120 hari. Bukannya payah, istiqamah puasa Isnin dan Khamis serta senaman selama lapan minit secara konsistan. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Minum banyak air suam.

Itu tidak mustahil
kan, Aizat? Tambah-tambah lagi Aizat digazetkan sebagai penyanyi yang banyak buat khairat. Duit yang dimenangi hasil Juara Lagu turut diinfak agar mendapat berkat.

Sambil men
ekan perut menahan gelak, nak saja saya hentak kepala yang otaknya sudah dikelututkan. Woit, yang haram itu jelas, yang halal itu terang, yang di tengah-tengah atau syubhah, elok cegah. Tok guru malaun mana yang ajar cara bersihkan wang haram dengan bersedekah?

Berbalik kepada kes berjaya mengembalikan berat badan ideal, hey, jika saya boleh dengan saum dan senaman, takkanlah Aizat mustahil sebab Aiman tak kisah!

5 ulasan:

Musteeka berkata...

Syabas Zana. Ada satu lagi ramuan yang saudari lupa sertakan - kesabaran dalam beristiqomah. Kerana ramuan inilah ramai yg kecundang, tak kira dalam apa pun yang dilakukan. (Kerana ramuan inilah juga teman terpaksa beli baju baru sebab nak mengelakkan pakai baju yang semakin "mengecil"....hehe). Apa motivation Zana?

zanazanzaly berkata...

musteeka,
tiadalah yang tidak benar bicaramu melainkan benar belaka. Ah kalau ini dinamai motivasi sudilah saya berkongsi: pujuklah diri dengan suara manja betapa ia amat elok memperagakan busana muslimah yang bersaiz sederhana. sungguh, ia sesuai dengan bangun tubuh.

Musteeka berkata...

Sudah puas memujuk diri, menilik busana yang tersimpan rapi, hanya mampu meratapi, mengenang "alignment" yang dah lari....hehehe...

zanazanzaly berkata...

musteeka,
jawapanmu berjaya meregang otot pipi kanan kiri menghambur tawa setelah sekian lama dikejangkan dek kerakusan masa dan suasana kerja.

Musteeka berkata...

Zana, eloklah mcm tu...Don't worry be happy.