November 8 1980, adinda lelaki tunggal saya dimubramkan lahir ke dunia. Tanggal ulang tahun keputeraannya mana mungkin sirna dari dalam ingatan meski allahyarham Ridzuan sudah kembali ke pangkuan Pencipta. Ramai yang memandang wajahnya tanpa lupa akan segera mengatakan dia menyalin iras saya terutama renungan dan senyumannya. Dan setiap kali mendengar komentar, pantas saya akan berkata, bukan itu sahaja, kami sama-sama berkongsi sifat romantis sang jengking kala juga.
Ridz, semoga ruh adinda dicucuri rahmat oleh-Nya & sejahtera berada disisi-Nya dalam golongan kanan yang dijanjikan. Al-fatihah daripada alongmu yang sehingga kini tiada mampu melupakanmu justeru terlalu banyak persamaan yang kita kongsikan itu.
Muslimah ini lahir di Pasir Mas, bersekolah di Kelang dan Kota Bharu. Melanjutkan pelajaran di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Bekerja di Pasir Mas. Melangkah ke ujana sastera pada 2001.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan