Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Sabtu, Mac 14, 2009

Fuhh! Mi Rebus

Ah, agak lama juga aktiviti kegemaran saya lupakan. Stamina kurang dan badan berasa sakit-sakit sebab lama tidak bersenam atau berjoget. Ya, sejak adinda saya diwadkan, jiwa saya kalut sedikit. Jumaat kelmarin, dia dibenarkan pulang. Saya bersyukur bukan kepalang. Hari ini, seharian saya memantau kerja-kerja percetakan di kilang. Malam menjelang, berkombinasikan cahaya bulan dan neon jalan, saya dijamu mi rebus oleh seseorang. Fikiran pun melayang pada kenangan menghirup mi rebus Stulang. Alahai, tiba-tiba rindu datang.

2 ulasan:

Abdul Rahman Sokran berkata...

Wah, fokus polemik sastera budaya Mingguan Malaysia hari ini... Salam juga buat Rozais.

zanazanzaly berkata...

Salam Sdr Abdul Rahman Sokran,
Terima kasih. Salam kembali daripada Rozais. Semoga sdr terus sukses.