Rabu petang, ketika menunggu kad-kad perkahwinan pelanggan dicetak di kilang, bat ping-pong getah merah hitam saya libaskan kiri kanan dalam gaya (chop) "potong serong". Pada mata pekerja-pekerja kilang saya sedang bermain ping-pong dan dalam minda mereka juga saya sedang giat bertarung. Walhal nun jauh di dasar sanubari, secara batini saya sedang menari!
Sebab itulah sekuat mana ajakan mereka untuk saya ke meja, saya tolak dengan mesra walaupun saya sudah bersedia secukupnya selepas melakukan sesi pemanasan badan dan baju kurung kain kapas di badan saya, lenjun kebasahan!
Inang, zapin asli atau apa pun rentaknya semua saya suka. Nah, apa lagi? Meski secara ilusi atau dalam mimpi mahu pun realiti, apa tunggu lagi? Jom menari!
Hah, video klip ini khas buat mereka yang mahukan lebih aksi. Saya dah cuba pagi tadi. Fuhh!

4 ulasan:
Sdr Zaidi,
Secara ilusi saya suka menari sekali-sekala,
menari menerusi mimpi saya bahagia sentiasa
tetapi, yang realiti amat memuaskan jiwa dan fikizal saya.
Sdi zaidi,
Versi tari dalam mimpi
bukan Dhoom
tapi Bhoom bedebhoom!
Catat Ulasan