Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Jumaat, Mei 08, 2009

Ewah, Joget Lagi

Saya layan lagu ini sambil makan keropok lekor asli dari KT. Pawana Selat Melaka berlumba-lumba dengan bayu Langkasuka bawa berita, katanya ada khabar gembira. Wah, teruja saya menantinya dalam debar sejuta.



Lamanya kita tidak berjumpa
sungguh sedihnya rasa hatiku
sambutlah salam dari adinda jangan selalu digoda rindu
sambutlah salam dari adinda jangan selalu digoda rindu

Walaupun jauh seberang lautan
Kanda tak lupa sehingga mati
Sungguhpun surat dinda kirimkan seperti badan datang sendiri
Sungguhpun surat dinda kirimkan seperti badan datang sendiri

Janganlah kanda berhati duka
Dinda tak mungkir segala janji
Bila kudapat surat kekanda barulah senang rasa dihati
Bila kudapat surat kekanda barulah senang rasa dihati

Segala-gala sudah kusiap
Menunggu dinda bila kah datang
Jikalaulah kanda ada bersayap sudah lama kanda terbang
Jikalaulah kanda ada bersayap sudah lama kanda terbang

Baik lah baik belayar rakit
Janganlah sampai putus talinya
kasih sayangku bukan sedikit jikalau boleh mati bersama
kasih sayangku bukan sedikit jikalau boleh mati bersama

2 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

salam,

malam tadi abang aku balik dari bachok. dia bawa balik keropok lekor, keropok losong dan keropok kering. ketupat yang manis balut dengan daun palas tu pun ada. dulu masa mula2 aku ngaji kat poli kelantan, pagi2 dah ada orang sarapan satey. masa tu rasa aneh. sebab kat tempat aku, satey makan petang2 dan malam je. hehe

zanazanzaly berkata...

rahimin,
salam kembali. Wah siapa sangka, dalam berjarak pun kita masih ditakdirkan makan keropok sama-sama.
Saya lebih gemarkan ketupat palas tawar berintikan sambal daging. Mmm memang orang sini lazimnya pilih sate sebagai sarapan. Dato' Prof. Hashim pernah kata, orang Kelantan memang 'high standard. Sate yang orang negeri lain makan masa musim perayaan, tok nenek kita makan buat sarapan. Tak kira apa musim, tak perlu tunggu malam. Limun, lepas berjemaah subuh di balaisah, orang2 tua di kampung saya dah ke kedai kopi, pekena sate! Ho ho