Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Ahad, Mei 10, 2009

Siaga Bahtera Sastera

Mingguan Malaysia 10 Mei 2009

Kata penulis muda

Zanazanzaly:

"Saya menganggap perhimpunan lalu umpama laungan pemula menggesa semua ahli-ahli samudera bersegera memunggahkan segala muatan berharga ke dalam bahtera sastera negara.

Di musim lalu juga, warga bahtera digesa agar mempertajam iltizam, membulat nekad dan bersedia untuk sangga menyangga meredah gelora segara dengan bahtera pusaka yang sudah dibina kukuh sejak zaman Kajai, Sako dan yang seabad dengannya.

Semakin diperhebat dek generasi Anwar Ridhwan membawa ke era S.M. Zakir hingga sekarang. Pertemuan kali ini pula petanda bahtera yang sarat kian mantap diperkuat dengan ilmu, sifat muafakat dan semangat ahli-ahli samudera yang sudah bersedia untuk belayar di perairan antarabangsa menuju ke timur mahu pun ke barat tanpa sesat."

Semoga bahtera sastera kita belayar di perairan antarabangsa dengan selamat membawa muatan berharga nan sarat ke timur dan ke barat tanpa sesat kerana kompas akal budi kita tepat menunjuk lubuk dagangan dunia berpusat tanpa membelakangi kiblat.

Hendaknya, bahtera sastera kita yang unggul talinya utuh di dermaga bangsa berpasakkan agama, sentiasa dikurniakan-Nya nakhoda yang warak, bermaruah dan wafa'. Justeru dengan juragan sedemikian kita sedia berbai'ah dan berwa'ad.


2 ulasan:

Rahimin Idris berkata...

alamak, aku duduk dalam sampan sastera je la ni? ke sekadar berenang-renang saja? huhu

ada juga rasa nak serta PPMN tu, tapi rasa macam tak cukup syarat la pulak. malu juga. dah dua tahun karya tak terbit kat mana-mana. hehe.

zanazanzaly berkata...

rahimin,
kalau tak mahu duduk dalam perahu, boleh juga duduk dalam kapal angkasa. Ah penulis kan boleh hijau atau biru atau merah sagakan warna langit mahu pun laut Ikut suka lah sdr selesa yang mana hahaha.

Jom la. Jadikan PPMM09 pemula sdr bersemangat semula. Jumpa di sana ya, saya tunggu!