Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Khamis, Julai 09, 2009

Buku dari Kota Batu

Fuh, seharian semalam saya sibuk menyiapkan tugasan pelanggan hingga tak sempat toleh kiri kanan. Dalam perjalanan pulang, rafik maklumkan ada kiriman buku dari teman di kota batu. Wah, apa lagi yang ada dalam hati jika bukan sejuta kembang mewangi. Apresiasi setulus budi buat teman yang amat peduli lagi ehsani.

Kebetulan apakah ini? Buat kesekian kali, iftar 15 Rejab saya diberkati dengan limpahan nikmat mencumbui buku-buku yang saya cintai sangat-sangat!

Siapa sudi beri pendapat, apakah patut
saya membuka Jendela Menghadap Jalan lalu Meniti Jalan Hadapan demi mengecapi Kasih Nan Agung?



5 ulasan:

Norziati Mohd Rosman berkata...

Andai mahu berlaku adil,turuti kata panel hakim. No 1,2 dan 3 mengikut urutan

:-)

zanazanzaly berkata...

NorziatiMR,
Terima kasih atas kunjungan dan usulmu yang persis Rozlan.
Gerak rasaku pula menyaran, 'jika majoriti menyusur arus, mengapa tidak aku menyongsongnya?'
Bukankah diversifikasi juga satu kreativiti?

marjans berkata...

tanpa kita sebagai kawan siapa lagi yang nak bagi sokongan kepada kawan-kawan yang menghasilkan sesuatu ysng terbaik dalam karyanya

zanazanzaly berkata...

marjans,
tib'an! Harapnya sdr jadilah antara kawan-kawan pertama membeli kumpulan cerpen pertama saya nanti ya.

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Sudah tentu bersebab... kak cuba lah.