Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Isnin, Januari 18, 2010

Ke Udara

Saya berpacu ke Kota Bharu bersama teman di sisi mengejar waktu. Jam 10.00 - 11.00 pagi tadi, suara saya ke udara melalui Kelantan FM. Ini kali kedua saya diundang ke konti. DJ Lin (Haslina Hamzah) yang ramah tamah menzahir rasa selesa buat saya untuk diwawancara seputar dunia penulisan bagi mengisi Slot Ikon Remaja yang dikendalikannya sejak bergelar penerbit.


Suasana harmoni dalam konti.


Sesekali saya mengerling teman di sisi demi meraih inspirasi
ketika ke udara. Redup matanya meyakinkan saya bahawa saya sentiasa tidak keseorangan dalam meniti titian kehidupan.

Harapnya, saya diberi kesempatan lagi dan lagi untuk mentransaksi dakwah melalui mata pena bertinta hikmah. Ya, Allah... terimalah.



Selain mewawancara, DJ Lin juga pendengar yang setia



2 ulasan:

Izani Zakaria berkata...

dj lin ada beritau saya dia jemput awk ke konti. saya ada bg byk cdangan utk memantapkan rancagan dia. bagus tu. harap dapat peluang lagi.

zanazanzaly berkata...

izani,
t.k sud ke mari. ya rancangan kelolaan dj lin sangat menarik. memang beliau kreatif dan inovatif. harap dapat bertemu izani dalam masa terdekat untuk sembang-sembang sastera.