Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Khamis, Januari 21, 2010

Rawang Ke Klang

Bersama teman di sisi, kembara fasa kedua awal Masihi pun bermula melalui jalan raya. Sudah lama saya tidak memesrai lebuh raya sejak ralit mengakrabi laluan udara. Dari Padang Embun, saya dan teman di sisi dihantar Pak Nik dan Cik menaiki Ekspres Darul Naim di Hentian Tesco. Tiba di Hentian Putra, dijemput Hannan ke Rawang. Bermalam semalaman, teman di sisi memandu menuju Kelana Jaya singgah sebentar di Shah Alam. Mengambil alih tugas pemanduan, saya meluru ke Meru.

Seumpama kembara pertama, berhajat sungguh saya ke Putrajaya meski sekadar di pinggiran sahaja, namun tiada siapa pun mempelawa. Andai ada kesudian di kalangan kalian mengundang saya, oh alangkah bahagia kerana kembara saya pada Masihi kali ini bukan lagi sendirian seperti akhir Masihi pilu yang lalu.

Kembara kali ini saya penuhi dengan tasbih dan tahmid bersama teman di sisi demi mensyukuri penampilan saya beraksi regu semula setelah empat bulan sudah saya muncul secara solo dalam kembara uzlah. Menempuh getir imtihan Allah nan tak terungkap lidah.


Ya Zaljalali wal ikram
hamba-Mu arham
bersimpuh di bawah rimbun Kun Fayakun
menatang hantaran semilyar mahar
al-waqiah, al-kahfi,al-mulk, an-nur,
telah pun Kau-mabrur
kurafak takzim seraup syukur.

-Meru, Klang.




6 ulasan:

hwazizi berkata...

salam sdri,

selamat maju jaya dalam pengkaryaan sastera

zanazanzaly berkata...

azizi,
salam kembali sdr. terima kasih atas ingatan dan doa tulus. Kebetulan pula, saya membalas respon sdr dari pejabat ketua bahagian komunikasi korporat sebuah institusi yang mengelola hal-hal sastera. Memang doa sdr menampakkan tanda-tanda sebuah lagi kunfayakun dimaktubkan.

nil berkata...

SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA BAHAGIA KE AKHIR HAYAT

zanazanzaly berkata...

jurnal alam,
t/kasih sudi singgah. Tahniah juga untuk sdr yang bernikah di alam jiwa pada 06.06.09 lalu. Pernikahan kanda-dinda sdr dan sidia sangat bermakna kepada hidup saya yang baru belajar mengenali alam perkongsian jiwa meski tidak ditakdirkan bersama.

Unknown berkata...

zana.. jari pendek.. bukan.. cari comel tu macam ku kenal.. tapi di mana ya?.. hikhikhik..

zanazanzaly berkata...

hann,
ah dikau ini sungguh pandai benar berseloroh. Bikin aku sendewa kerna terlalu kuat mengilai kruh kruh kruh.