Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Isnin, Januari 11, 2010

Semalam Yang Merakam

Lensa kamera minda, indera dan jiwa
semalam, merakam
peristiwa debar sukma
jarum waktu menjahit
100110 benang angka-angka kapit
sepuluh januari dua ribu sepuluh
merentang dewangga redha sekampuh
pemidang kun fayakun
di luh mahfuz.


2 ulasan:

Nisah Haji Haron berkata...

Tarikh lahir puteri ke-3 saya.

zanazanzaly berkata...

Nisah, terimakasih sudi singgah. salam tahniah ulangtahun kelahiran buat puterimu dan tahniah buatmu juga untuk HSPM06-07. Teruskan berjuang di medan sastera.