meleretkan senyuman di tubir jendela
sejambak anggerik tercampak dari langit
kita pun serentak mengerling sekilas
pada sejambangan anggerik putih di sisi
bersisipkan bait-bait puisi
"Senyum dan Diam" di atas meja kopi.
.
sejambak anggerik tercampak dari langit
kita pun serentak mengerling sekilas
pada sejambangan anggerik putih di sisi
bersisipkan bait-bait puisi
"Senyum dan Diam" di atas meja kopi.
.
4 ulasan:
Sdr. Kanda,
Tahniah, sdr akhirnya berjaya juga menatap sinar mentari jingga.
Kini, saya doakan kewahaman sdr pula segera sirna.
Hanya pungguk purba sahaja yang masih rindukan bulan,
pungguk moden sudah lama terbang ke angkasa meriba purnama!
Ayuh segera bangkit dari lena.
Sdr Kanda,
Jika mahunya kau tahu
betapa bahagianya saat leka meriba purnama,
bertanyalah akan dikau kepada pungguk-pungguk di negeri Terangnya Ganu.
Atau sdr boleh juga meneka-neka
bagaimana reaksi angkasawan kita
pabila membaca entri ini.
Catat Ulasan