Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Ahad, Januari 18, 2009

Tahniah dan Takziah

Sahabat,
pasti kau tak pernah lupa
perit rasa, bilur warna
segalur luka digarami
ketika kita bergandingan bersama
memulakan langkah pertama
ke gapura sastera
bersambut cerca nista seorang dia.
Tahniah untukmu, sahabat
kerana terus gagah mengepakkan sayap
walau berkali-kali rebah, terlentang dan tertiarap
dan takziah untuk keberangkatannya pagi tadi
ke negeri abadi.

4 ulasan:

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cerana berkata...

salam....sahabat umpama tangan dan mata..di kala tangan terluka, mata menagis, semasa mata menangis tangan menghapuskan air mata..kita tak perlu terlalu kaya, tak perlu terlalu terkenal, tak perlu terlalu glamour, tapi selagi ada sahabat yg mengingati..memadailah..

zanazanzaly berkata...

persis minda,
sesiapa pun dia tak penting, asalkan kita sentiasa mengingati pemergian kita ke sana juga dan bersedialah dengan segala yang perlu.

zanazanzaly berkata...

sir nik,
kata-kata sdr tiadalah yang dusta, melainkan benar belaka. dan saya bersyukur tiada tara menerima "anugerah tak ternilai" ini daripada-Nya.