Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Rabu, Februari 11, 2009

Pantun Serangkap, Kasih Tersingkap




Biduk berlalu kiambang bertaut
mekar seroja di pinggir kali
dingin bayu berpuput lembut
mengapa gersang di pinggir hati?

Serangkap pantun ini sempurna memberi nilai tambah untuk saya dinobatkan sebagai Pemantun Terbaik Kelantan sembilan belas tahun lalu. Dua tahun selepas itu, semasa berpencak kata di UKM, saya sekali lagi memilih untuk menjualkan pantun ini, dan berjaya pula bergelar Pemantu Terbaik Inter-Varsiti.

Kebelakangan ini, saya teruja mahu menjualkan pantun ini apabila ada suatu rasa yang sangat seni mengelus-ngelus sanubari.

Cerita hamster yang menyelinap dari langsir memori ke tirai realiti menonton teater di Istana Budaya, melompat pula ke bingkai nostalgia berperahu melihat kelip-kelip berselang-seli dengan kisah memilih durian, bersulam senda mengacahnya agar jangan mengajar anak kucing memakan daging - saling dahulu-mendahului, berlumba-lumba mencuit sukma. Nun sayup di dasar jiwa bergema:

Cinta adalah suci
Lahir dari jiwa
Menikam sanubari
Hati dalam lara

Cinta mistik abadi
Kekal selamanya
Musim berganti tapi
Wajah tak kan lupa

Mimpi berlari
Kemuncak destinasi murni
Asmaradana, Asmaradana
Kemuncak cinta
Asmaradana, Asmaradana

Cinta suci tak kenal
Harta atau rupa
Dari darjat puteri
Raja hingga hamba

Biar api membara
Jadi penghalangnya
Ia tetap kagumi
Keagungan cinta
Bersama berdua
Kemuncak syurga di dunia

A S M A R A D A N A ...

4 ulasan:

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

zaidi,
bulu roma berdiri masih lagi dapat diteka maknanya tapi, mimpi dalam mimpi menjadi realiti, apa petandanya?

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

zaidi,
sekilas, sempat saya lihat bayangan pasangan Gusti Putri dan Tuah mengimbas. Di bibir Tuah senyum paling manis menguntum dan di mata Gusti ada lirikan manja. Tentu mereka bersetuju dengan kata-katamu.