Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Jumaat, Februari 20, 2009

Ngilu Rindu

Ingin kuwarakan padamu

hikayat pungguk merindu

sungguh sayu ceritera itu

yang mendengar, pasti pilu

yang melihat, pasti gugur untaian satu persatu.


Tersayat kalbuku

tatkala sedar dari lena

sayup terdengar lagu syahdu

dendangan pungguk berhiba lara

untuk kupetakan pungguk ke sana...

itu mustahil

untuk kubawa purnama ke riba...

itu jua mustahil



sebagaimana pungguk, aku jua kerdil

yang termampu

hanyalah menemani pungguk merindu.


Pun begitu...

pungguk bertuah kerana masih ada aku

setia meniup seruling bambu

mengiringi pungguk bersenandung sayu

sedangkan aku, pungguk tak tahu

bergelut hebat, berkeluh dahsyat

menanggung azab, mengendung sebak

menahan isak, menunda sedu

pilu, pilu teramat pilu

pilu melihat pungguk merindu

ngilu terjerat di kemelut rindu!


9 ulasan:

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Luminata berkata...

Love what you've done with the blog! :)

http://luminata55.blogspot.com

zanazanzaly berkata...

zaidi,
ketawa saya pecah juga
pabila terkenangkan pungguk purba.

luminata,
thanks.

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
highcore08 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

zaidi,
sdr kenal lama dah ke pungguk tu ataupun baru? manalah tahu...

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

zaidi,
dengar-dengar khabar,
ada khabar-khabar yang sdr sudah dengar.
antara khabar-khabar yang saya dan sdr dengar itu khabarnya, khabar benar.
apakah sesungguhnya benar?

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.