Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Selasa, Januari 13, 2009

Kilauan Emas Purnama Empat Belas

Purnama,
kau kuseru pada malam empat belas
simbahkan cahaya emas
ke langit Al-Quds yang memerah.
Purnama,
kau kuseru pada penghujung malam syahdu
mohon kupinjam cahayamu
buat menyuluh jiwa warga Kuala Terengganu.
Purnama,
kau kuseru pada malam basah
kerana senyumanmu di puncak sana
mendamaikan sukmaku yang diulit resah.

2 ulasan:

nil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
zanazanzaly berkata...

salam persis minda,
terima kasih atas kesudian menonton tarian tinta dari pentas sukma ini. Apresiasi setulus budi kerana sudi membaca dan cuba memahami meskipun waham. Insyaallah limpahan cahaya purnama kefahaman akan menerangi kewahaman setelah sdr sedaya upaya belajar/mengkaji/membaca terus-terusan.