Hujan pagi saya redah untuk ke Jertih memenuhi walimah. Zulkarnain, sepupu rafik bertemu jodoh dengan gadis Kampung Balik Bukit. Sewaktu melihat papan tanda Kampung Bukit Yong, segera saya teringatkan teman sepersekolahan yang rumahnya terletak bersetentang dengan papan tanda itu. Dia sungguh kreatif mengakronimkan namanya dengan kampungnya menjadi RAMONO KABUYO (Raihanah Mohd Nor Kampung Bukit Yong).
Dia senior saya setahun, tapi kami jadi akrab selepas bertemu dalam bilik tv kerana drama bersiri Kantonis The Turbulent Decade menjadi kegilaan kami.
Dia senior saya setahun, tapi kami jadi akrab selepas bertemu dalam bilik tv kerana drama bersiri Kantonis The Turbulent Decade menjadi kegilaan kami.
Selepas "prep" petang, kami antara yang paling awal menunggu bilik tv dibuka. Paling saya tak lupa ialah apabila saya sering diberinya Cornetto (dulu, aiskrim jenama itu hanya mampu dibeli oleh anak golongan elit di Naim Lilbanat) sebagai upah saya mendendangkan lagu tema drama bersiri itu pada prep malam bagi meredakan kerinduannya kepada hero drama itu, Eddie Cheung Siu Fai dan heroinnya Jamie Chic Mei Chun.
Hingga sekarang, setiap kali melalui sempadan Kelantan-Terengganu itu, saya selalu ingat Ramono Kabuyo sebagaimana tak lekang di ingatan saya lagu tema drama bersiri itu nyanyian Alan Tam.
3 ulasan:
Sdr Zaidi yang sangat dihormati,
atas permintaan, saya sudah pun kurangkan saiz video itu.
Benar kata sdr, mencipta kenangan juga perlu sebagaimana perlunya kita mengenang yang silam.
Senja kelmarin, jiwa saya kentalkan demi menyaksikan khatimah pertemuan berubah menjadi sebuah kenangan.
Catat Ulasan