Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Rabu, Mac 04, 2009

Watikah Sebuah Anugerah

Kantan, mekarmu di laman
lambang teguh kasih dua rafik
dari tanah Tok Ku Pulau Manis
dan Tanah Serendah Sekebun Bunga

bermuafakat membina rumah sahabat
di desa Padang Embun
meraikan genap dua tahun
kelopakmu mekar tersenyum
merenjispilis rafak syukur kami
yang terhimpun.







Sepanjang diari persahabatan
sering kita rancang sesuatu di luar kelaziman
agar indah mudah dirakam kenangan.
Ulang tahun kedua bermukim di Padang Embun
kantan kasih gebu permai
kita kucup dalam renyai nan damai
seraup doa kudus kita aminkan bersama
kala bulir pertama
embun dinihari serta untaian di pipi
mengguyur dalam pelukan syukur.
Ahad pagi nan syahdu berangkat kita ke desa kelahiranmu
di situ, kata mu, kesinambungan setiakasih berpadu
senyumyakinmu mencumbu sekelip pejamdiamku
kita tahu sama tahu
betapa kita tidak mahu ini dan itu
kecuali satu
sebuah anugerah terindah
diwatikah mawaddah wa rahmah
santun sembah rafak pasrah
telapak tangan kita menadah.

(ilham dalam bas SP Bumi sepanjang perjalanan dari KB-KT, 1 Mac 2009)

3 ulasan:

ku_seman berkata...

Didoakan persahabatan anda terus berkekalan.

zanazanzaly berkata...

YM Ku Seman,
Selamat datang buat pertama kali ke pentas tarian tinta sukma. Terima kasih atas doa nan tulus ikhlas daripada tuan. Semoga nyala cinta tuan juga setia berkekalan bersama Dewi Sukma.

ku_seman berkata...

Salam Zana, walaupun tak tinggal komen tapi blog anda antara tiga blog yang saya lawati setiap setengah jam. Tarian tinta, langit bumi dan jiwakejiwa.