Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Jumaat, Mac 20, 2009

Tamu Kalbumu Berwarna Baharu

Teruja aku menunggu
dikau memalitkan warna hitam atau kelabu
pada satu lagi watak baharu
yang bakal bertamu dalam kalbumu.


Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

2 ulasan:

nil berkata...

Sdri,
Adakah watak itu diwarna sedemikian rupa untuk pastikan pentas alam ini tidak akan sepi dengan keindahan dan kedukaanya.

zanazanzaly berkata...

sdr jurnal alam,
selamat datang. Watak diwarnai mengikut cita rasa tak kira siapa. Baik pelukis mahupun novelis.