Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Selasa, Mac 24, 2009

Rastali, Jelai Berangan

Rastali, saya suka sungguh nama pisang ini. Tetapi Jelai Berangan jadi kegemaran. Masa kanak-kanak, saya dan adinda yang membesar di Pelabuhan Kelang memanggilnya pisang oren berdasarkan warnanya. Setelah berpindah ke Kelantan, saya begitu terpesona apabila ayahanda memberitahu nama sebenarnya ialah Jelai Berangan.

Maghrib Isnin tadi, saya iftar dengan tujuh biji pisang Jelai Berangan yang kulitnya bukan kuning bersih. Sahabat memilih kulit pisang yang berkarat (kuning berbintik keperangan) kerana menurut ayahanda pisang yang menadah embun sebegitu manis lagi enak.

Semasa menulis entri ini, tiga biji Jelai Berangan menadah embun saya makan lagi. Sepuluh biji semuanya - kerana itulah saya terpaksa menolak pelawaan seorang teman untuk menemankan saya berbuka puasa. Saya bimbang dia terbeliak mata memandang saya menghabiskan sesikat pisang untuk mendapatkan tenaga segera setelah hilang selera makan rentetan secara mengejut diserang demam.


1 ulasan:

Nimi Momo berkata...

u ni ckp je hak cipta terpelihara blabla, tapi gambar pisang tu pun drp blog saya, gambar yg saya amik sendiri. Tolong buang, nanti saya report kat blogger.