Hak Cipta Terpelihara. Sebarang item yang mahu diambil daripada blog ini wajib mendapat keizinan pemilik blog. Budi Bahasa Amalan Kita

Ahad, Jun 21, 2009

Terbang Pulang


Tiga empat puluh petang

serindit dua sekawan
terbang pulang ke sarang
mengilik sejuta kenangan.

K
ondo Seri Maya, Setiawangsa.


4 ulasan:

Syaidul Azam Bin Kamarudin berkata...

salam,
Tahniah zana, harap terus prolifik dan berjaya.
Saya tidak hadir HSKU kerana menjadi juri debat antara IPT di Batu Pahat pada tarikh sama. Saya telah menerima tawaran juri tersebut sebelum mengetahui keputusan HSKU. Bagi tidak menyulitkan pihak DBP saya ke Batu Pahat.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi berkata...

Zana,
Pulang jangan menambah tebal sarang. Harus segera bertelur, mengeram dan menetas karya tersohor.

zanazanzaly berkata...

Azam,
Terima kasih atas kunjungan dan ucapan.
Rindu menyerbu padamu tuan yang tiba-tiba hilang dari pandangan, kini gerangan jauh di selatan, pergimu dulu tidak kau khabarberitakan, impian HSKU 2008 menjadi medan pertemuan, namun hampa tidak kesampaian. Jika sesekali turun ke Kelantan, talian kami sila dailkan.

zanazanzaly berkata...

al-Kurauwi wal qadhi,
fertilisasi tidak menjadi, meski sarangnya tebal jika tiada pembekal. ha ha ha