Anak kecil main api
Terbakar hatinya sendiri
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu Gagah Di Nusantara
Lagu ini mendayu-dayu memenuhi ruang kalbu sewaktu mesyuarat Usahawan MARA Pasir Mas berlangsung. Inti ucapan Pengarah MARA Negeri bumbu waspada kepada semua usahawan Melayu yang menjadi nadi ekonomi bangsa Melayu.
Setelah MARA kembali kepada Kementerian Luar Bandar semula, tegakan bulu roma saya menghantar petanda betapa kita sudah pun tiba di paras bahaya.
Hey Melayu, sudah-sudahlah bertelagah! Perbalahan kian menjanjikan >>1 untuk kita, Malaysia untuk mereka.
Setelah MARA kembali kepada Kementerian Luar Bandar semula, tegakan bulu roma saya menghantar petanda betapa kita sudah pun tiba di paras bahaya.
Hey Melayu, sudah-sudahlah bertelagah! Perbalahan kian menjanjikan >>1 untuk kita, Malaysia untuk mereka.
2 ulasan:
Semasa di SMK Mahmud Mahyiddin P.Pekan dulu ada join pengakap. Lagu ni ler antara yang dinyanyi2kan juga. Nostalgik plak. huhuhu
RMN,
seberang hulu panas terik, seberang sini gerimis,
dulu-dulu nostalgik, kini sudah tragis.
Hari ini, saya dan rafik ke pejabat SMIDEC Kota Bharu, rakan-rakan perniagaan yang kami temui yang juga sedang tunggu pegawai berkenaan yang tak muncul-muncul sehingga jam 3 petang, masing-masing bercerita tentang segala geran yang bumiputra minta dilengah2kan sebab tiada "huluran" berbanding dengan permohonan daripada usahawan "yang lain" yang sangat pemurah dengan "buah tangan." Ha ha ha.
Catat Ulasan