Jam 7.11 pagi saya menerima sms daripada Salman Sulaiman yang mengucapkan tahniah kepada saya yang katanya memenangi HSKU 2008 dengan kemenangan berganda. 35 minit kemudian Nisah Haron pula melayangkan sms yang serupa. Saya masih belum dapat menatap akhbar jadi saya tidak tahu apa yang disiar. Sebelum itu, saya tidak dapat sebarang panggilan telefon, surat atau pun faksimili yang memberitahu saya memenangi HSKU seperti pengalaman pada HSKU 2003 lalu.
Terdetik di kalbu, 'wah! Ini stail baharu. Pemenang tidak awal-awal diberitahu. Tahu-tahu apabila keputusan diwartakan. Tentu, ia adalah pengalaman baharu bagi pemenang berganda @ bergaya HSKU (ayat sms Nisah) seperti aku! Hu hu hu'.
Terima kasih juga buat rakan-rakan penulis, teman-teman perniagaan dan saudara mara serta handai taulan yang memberi ucapan tahniah melalui telefon dan sms. Murni ingatan kalian, selamanya saya kenang.
Kemenangan berganda seperti ini membuatkan tubir mata saya bergenangan mengenang kembali jasa Sasterawan Zaharah Nawawi yang mengajar saya menulis cerpen buat pertama kali dan bakti Hajjah Mahani Che Ibrahim yang mengambil inisiatif melalui DBPWT, mendanai saya ke bengkel KEPEZI.
2 ulasan:
Salam,
Tahniah berganda-ganda!
Luar biasa betul gaya menulisnya!
Faizal,
Salam kembali. Terima kasih berganda-ganda kerana sudi kemari setelah agak relatif lama menyepi.
Apa yang "luar", apa yang "biasa" dan apa pula yang "betul"? Itu laras sukatan teknologi berunsur nano ya? hehehe.
Catat Ulasan